Tak perlu mohon EnterSarawak bagi yang lengkap vaksin
Tak perlu mohon EnterSarawak bagi yang lengkap vaksin
KUCHING: Individu dari Semenanjung, Sabah dan Labuan lengkap vaksinasi Covid-19 tidak lagi perlu membuat permohonan melalui EnterSarawak untuk memasuki negeri itu berkuat kuasa Isnin ini, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
JPBN Sarawak dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan individu yang ingin memasuki Sarawak hanya perlu mengisi Borang Deklarasi e-Health (eHDF), tidak diwajibkan menjalani saringan Covid-19, wajib memiliki bukti status lengkap vaksinasi serta wajib memiliki status ‘Risiko Rendah’ atau ‘Kontak Kasual Tidak Bergejala’ sahaja dalam aplikasi MySejahtera.
Bagi individu yang tiada atau tidak lengkap divaksin dan ingin memasuki Sarawak, mereka wajib membuat permohonan melalui EnterSarawak dan membuat saringan ujian Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR) atau Rapid Antigen (RTK Antigen) dalam tempoh tiga hari, sebelum memasuki Sarawak.
“Selain itu, mereka perlu menjalani kuarantin di rumah atau stesen kuarantin selama 10 hari, manakala kanak-kanak di bawah umur 12 tahun perlu membuat saringan Covid-19, sekiranya memasuki Sarawak bersama ibu bapa atau penjaga yang tidak lengkap vaksinasi,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, bagi pengembara dari luar negara, mereka wajib membuat permohonan dalam EnterSarawak, perlu mengisi eHDF dan membuat saringan ujian RT-PCR dalam tempoh tiga hari, sebelum memasuki Malaysia.
“Hanya pengembara dari luar negara memiliki status lengkap vaksinasi dibenarkan untuk transit ke Sarawak dalam tempoh 24 jam. Tempoh kuarantin adalah tujuh hari dari tarikh kemasukan ke Malaysia bagi pengembara lengkap divaksin dan 10 hari bagi yang tiada atau tidak lengkap divaksin,” menurut JPBN Sarawak.
Mengenai perkembangan harian Covid-19, JPBN Sarawak memaklumkan hanya 28 daripada 1,055 kes positif Covid-19 di negeri itu membabitkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator, manakala baki 1,027 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan.
Selain itu, 12 kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini yang bermula sejak 4 hingga 15 Oktober lalu, manakala jumlah kluster yang aktif adalah 57. FMT
Tak perlu mohon EnterSarawak bagi yang lengkap vaksin
Baca Artikel Menarik :
- Janji Menteri, DBKL belum sempurna
- Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa
- Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut
- Syafiq lamar Mimi Lana?
- Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video)
- Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan
- Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang
- Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video)
- Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya
- Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu
- Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.