Ops Patuh: DBKL tutup 41 premis perniagaan
KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup operasi 41 buah premis perniagaan menerusi Ops Patuh yang dilaksanakan di 11 kawasan sepanjang tempoh 1 Oktober sehingga Jumaat lalu.
Menerusi kemas kini di Facebook, DBKL berkata, sepanjang operasi itu, sebanyak 419 buah premis atau syarikat telah diperiksa termasuk aktiviti pusat hiburan, restoran, kedai pakaian atau jahitan baju dan kedai runcit.
Menurutnya, tindakan itu bagi memastikan setiap pihak mematuhi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan lain-lain kesalahan di bawah peruntukan undang-undang DBKL.
“Tiga notis kompaun dikeluarkan menerusi Akta 342 mengikut prosedur operasi (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” kata kenyataan itu pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, DBKL berkata, seramai 27 orang warga asing turut ditahan sementara bagi tujuan dokumentasi dan tindakan susulan.
Katanya, tindakan sita turut diambil ke atas 15 barangan terdiri daripada ‘mixer’, monitor, pembesar suara dan lain-lain lagi.
“Sepanjang tempoh dua minggu ini juga, DBKL telah mengeluarkan sebanyak 114 kompaun atas pelbagai kesalahan,” katanya.
Tambah kenyataan itu, Ops Patuh akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut bidang kuasa DBKL.
Ops Patuh: DBKL tutup 41 premis perniagaan
Baca Artikel Menarik :
- Janji Menteri, DBKL belum sempurna
- Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa
- Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut
- Syafiq lamar Mimi Lana?
- Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video)
- Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan
- Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang
- Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video)
- Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya
- Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu
- Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam
Layari Laman Facebook MYKMU