Kenapa Gigi Anak Berlapis? Ketahui Puncanya Yang Ibu Bapa Tidak Sedar

Kenapa Gigi Anak Berlapis? Ketahui Puncanya Yang Ibu Bapa Tidak Sedar

MASALAH gigi berlapis sering dipandang enteng oleh masyarakat umum.

Perkara ini perlu dititikberatkan kerana kelak, ia boleh menyebabkan masalah karies gigi dan masalah gusi bengkak.

Tahukah anda bahawa masalah gigi berlapis boleh disebabkan oleh gigi susu?

Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Sebelum kita menyelami bagaimana gigi berlapis boleh terjadi, mari kita kenal terlebih dahulu dengan pesona utama artikel ini, gigi susu.

Walaupun gigi mula tumbuh ketika bayi berusia di antara 6 ke 12 bulan, hakikatnya, ia mula terbentuk pada 6 minggu fasa kehamilan.

Usia bagi pertumbuhan gigi susu adalah berbeza bagi setiap bayi maka jika anak anda masih tidak mempunyai gigi seawal 6 bulan, usah khuatir. Biar lambat, asal selamat.

Apa itu enamel, dentina dan pulpa?

Terdapat perbezaan yang agak ketara jika dibuat perbandingan di antara struktur gigi susu dan gigi kekal.

Secara umumnya, jumlah gigi susu yang bakal tumbuh apabila anak anda berusia 1 tahun adalah sebanyak 6 batang. Ketika anak anda berusia 3 tahun, seharusnya kesemua 20 batang gigi susu telah pun tumbuh.

Jika dibuat perbandingan secara fizikal, gigi susu kelihatan lebih kecil dan putih manakala gigi kekal kelihatan lebih besar dan berwarna krim atau putih kekuningan.

Gigi kekal juga mempunyai bilangan yang lebih banyak iaitu sebanyak 32 batang berbanding dengan gigi susu yang hanya sebanyak 20 batang. Pada sudut anatomi, perbezaan di antara keduanya dapat dilihat pada ketebalan lapisan enamel (luar), dentina (tengah) dan pulpa (dalam).

Gigi susu mempunyai lapisan enamel dan dentina yang agak nipis berbanding dengan gigi kekal membuatkan karies gigi lebih mudah untuk merebak ke lapisan pulpa.

Oleh sebab itulah karies gigi kelihatan lebih teruk pada gigi kanak-kanak berbanding dengan orang dewasa. Lapisan pulpa gigi mengandungi banyak urat saraf dan salur darah yang memberikan nutrisi kepada gigi.

Gigi susu mempunyai lapisan pulpa yang agak besar berbanding dengan gigi kekal.

Ini meningkatkan risiko untuk mendapat kecederaan urat saraf dalam situasi trauma memandangkan ia juga mempunyai lapisan luar yang nipis.

Memastikan keteraturan gigi kekal

Jika dilihat pada fungsi asas gigi susu, ia penting bagi membantu proses penghadaman yang baik buat anak-anak anda.

Fungsinya adalah sama dengan gigi kekal iaitu untuk mengigit, mengoyak dan melumatkan makanan.

Fungsi ini penting bagi memastikan nutrisi makanan dapat diserap masuk ke dalam tubuh badan.

Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa ia juga memainkan peranan penting dalam memastikan keteraturan susunan gigi kekal.

Gigi susu kebiasaannya akan patah secara semula jadi dan digantikan dengan gigi kekal pada usia sekitar 6 tahun.

Sebelum daripada usia tersebut, gigi yang patah akan digantikan dengan gigi belakang bagi mengisi kekosongan di hadapan.

Keadaan ini akan menyebabkan susunan asalnya menjadi tidak teratur seterusnya mengakibatkan kekangan ruang di antaranya untuk gigi kekal tumbuh.

Kesannya, gigi kekal akan tumbuh sama ada di hadapan atau di belakang gigi sedia ada menjadikan gigi anda kelihatan berlapis.

Gigi yang berlapis akan memberikan kesan negatif terhadap keyakinan diri anak-anak anda memandangkan keteraturan gigi penting dalam aspek penampilan diri.

Bayangkan jika anak anda diejek dan dipulaukan oleh rakan-rakannya hanya disebabkan oleh masalah gigi berlapis.

Ini akan menurunkan tahap keyakinan anak anda untuk menjalinkan hubungan sosial.

Selain itu, ia juga memudahkan proses pengumpulan plak yang boleh meningkatkan risiko untuk mendapat karies gigi dan penyakit gusi bengkak (gingivitis).

Adakah gigi susu perlu dicabut?

Kebanyakan gigi susu akan tercabut dengan sendirinya apabila tiba masa untuk gigi kekal tumbuh.

Proses ini kebiasaannya berlaku pada sekitar usia 6 tahun dan berlanjutan sehingga tumbuhnya gigi geraham kekal pada sekitar usia 13 tahun.

Jadi, adakah anda perlu membawa anak anda ke klinik untuk mencabut gigi?

Terdapat beberapa situasi yang membolehkan anda untuk membawa anak anda berjumpa dengan doktor gigi:

1. Apabila anak anda mengalami karies gigi.

Gigi rosak atau berlubang boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf yang terletak pada lapisan pulpa gigi.

Gigi ini perlu dicabut untuk mengelakkan kesakitan yang boleh mengganggu selera makan dan tidur anak anda.

2. Apabila gigi kekal mula tumbuh di bahagian belakang atau hadapan gigi susu.

Situasi ini akan menyebabkan terbentuknya gigi berlapis yang boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah berkaitan dengan kesihatan gigi dan gusi.

Gigi susu perlu dicabut untuk memastikan keteraturan gigi kekal seterusnya mengelakkan risiko untuk mendapat karies gigi dan penyakit gusi.

3. Apabila gusi kelihatan merah, bengkak dan bernanah.

Ini adalah merupakan komplikasi daripada penyakit karies gigi.

Apabila karies gigi telah merebak ke lapisan pulpa, gusi akan bengkak dan bernanah. Ia perlu dicabut untuk mengelakkan kerosakan serius pada saraf gigi.

Apabila gigi kekal tidak tumbuh pada usia 8 tahun ke atas.

Dalam situasi ini, pertumbuhan gigi kekal terbantut kerana ia terletak secara langsung dibawah gigi susu.

Ia perlu dicabut untuk memastikan gigi kekal dapat tumbuh dengan sihat.

Jadi sekarang anda sudah faham, bukan?

Adalah penting untuk kita sebagai ibu bapa untuk memastikan dan mengajar anak-anak kita cara untuk menjaga gigi mereka dengan lebih baik.

Tabiat ini boleh mengelakkan terjadinya masalah gigi berlapis yang boleh menyebabkan karies gigi dan penyakit gusi. Oleh itu, jangan abaikan penjagaan gigi anak-anak anda!

Kredit: Hello Doktor

*Artikel asal di Pa&Ma

Kenapa Gigi Anak Berlapis? Ketahui Puncanya Yang Ibu Bapa Tidak Sedar


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Cabut Sendiri 11 Gigi Sebab Tak Mampu

Jerung Terkam Dan Gigit Kaki Aligator [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker