Bukan warga Sarawak masih perlu mohon EnterSarawak

Sebaran :

Sumber Facebook Sarawak Disaster Information.

KUCHING – Bukan warganegara dan warganegara Malaysia yang bukan berasal dari Sarawak masih perlu membuat permohonan melalui EnterSarawak sebelum memasuki Sarawak.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan bagaimanapun memaklumkan pengecualian arahan itu diberikan kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri itu.

Menurut JPBN Sarawak, mereka hanya perlu menunjukkan surat pengesahan daripada ketua jabatan dan permit kerja sah (jika berkenaan) sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang atau melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).

Pekerja sektor swasta juga diberikan pengecualian dan mereka perlu menunjukkan surat pengesahan majikan dan permit kerja sah sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang atau melalui ICQS.



“Bukan rakyat Sarawak yang berkahwin dengan pasangan berasal dari Sarawak juga tidak perlu mohon EnterSarawak tetapi hanya perlu tunjuk sijil perkahwinan sah sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang atau melalui ICQS.

“Anak pasangan yang berasal dari Sarawak yang dilahirkan di luar Sarawak (negeri-negeri lain dalam Malaysia) juga hanya perlu menunjukkan sijil lahir sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang dan melalui ICQS,” menurut JPBN Sarawak.

Turut diberi pengecualian ialah pemegang visa Sarawak-Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) yang hanya perlu menunjukkan dokumen pas visa sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang dan melalui ICQS.

Selain itu, kesemua mereka juga perlu mengisi Borang Deklarasi e-Health (eHDF) dan wajib memiliki bukti status lengkap vaksinasi. – Bernama



Bukan warga Sarawak masih perlu mohon EnterSarawak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tak perlu mohon EnterSarawak bagi yang lengkap vaksin


Sebaran :

Leave a Reply