Anwar gesa KJ henti guna pendekatan sombong pada kumpulan antivaksin

Anwar gesa KJ henti guna pendekatan sombong pada kumpulan antivaksin

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim berkata bahawa dia tidak setuju dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang mengambil pendekatan ‘paksaan’ terhadap rakyat Malaysia yang enggan menerima vaksin.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata bahawa kerajaan sepatutnya memberi kesedaran kepada mereka mengenai keperluan menerima vaksin.

“Kumpulan anti vaksin ini saya tidak sokong. Tetapi, kadang-kadang hujah mereka ini ada kuat juga. Jadi, kita jawab dengan hujah, dia bagi kertas saintifik, kita bawa hujah saintifik yang lebih kuat untuk mematahkan hujah dia.

“Janganlah fikir nak hukum dan ugut. Ini cara sombong dan kita tidak boleh terima,” katanya kepada pemberita di majlis perasmian Wisma SP Care, Hulu Selangor hari ini.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Khairy yang dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan akan menyusahkan kehidupan golongan yang masih tidak menerima vaksin.

“Kita kena mendekati mereka. Selesaikan dulu yang mahu terima vaksin. Yang sedikit itu kita harus dekati mereka dan cuba memberi penerangan.

“Tapi, mengikut undang-undang tidak mengatakan mereka salah.Jadi, macam mana kita membuat tekanan dalam keadaan mengundang dia tidak salah, itu satu.

“Keduanya, bila kata pendekatan ini kita merayu, memujuk memberi penjelasan, memberi penerangan dan memberi jawapan,” katanya.

Terdahulu, dia merasmikan Wisma SP Care di Antara Gapi, Hulu Selangor sebagai tanda penghargaan kepada lebih 150 kakitangan yang bekerja di 12 cawangan klinik SP Care semasa pandemik Covid-19.

Turut hadir, Ahli Parlimen Hulu Selangor June Leow Hsiad Hui.

Pengasasnya, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata bahawa sehingga kini telah membantu memberi bakul makanan kepada lebih 3,000 keluarga di kawasan Hulu Selangor.

Selain itu, mereka juga mengadakan melancarkan majlis kempen derma darah sebagai persiapan awal menghadapi isu kekurangan darah di pusat darah negara dalam situasi pandemik ini. Mk

Anwar gesa KJ henti guna pendekatan sombong pada kumpulan antivaksin

hr />

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Khairy mengaku guna 4 jin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker