Tiga kategori pengembara dibenarkan kuarantin wajib tujuh hari

Tiga kategori pengembara dibenarkan kuarantin wajib tujuh hari – Khairy

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga kategori pengembara dari luar negara yang dibenarkan pengurangan tempoh kuarantin wajib selama tujuh hari bermula 18 Oktober ini.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, mereka yang terbabit adalah mana-mana warganegara, pemastautin tetap Malaysia, ekspatariat atau kor diplomatik atau mana-mana orang asing lain yang dibenarkan Ketua Pengarah Imigresen memasuki Malaysia dari luar negara.

Beliau berkata, kategori lain termasuk kontak rapat kepada kes positif Covid-19 dan individu yang diberi perintah pengawasan dan pemerhatian oleh pegawai diberi kuasa seperti individu yang pulang dari kawasan berisiko tinggi penularan jangkitan.

“Semua individu yang dinyatakan itu adalah tertakluk kepada pengurangan tempoh kuarantin wajib ini berkuatkuasa pada 18 Oktober ini,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, KKM turut menggariskan beberapa penyelarasan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan tempoh kuarantin baharu ini.

Khairy berkata, semua individu yang diberikan perintah pengawasan dan pemerhatian oleh pegawai diberi kuasa bermula pada 18 Oktober ini akan menjalani kuarantin tujuh hari bagi mereka yang lengkap vaksinasi Covid-19 dan 10 hari bagi yang tiada atau tidak lengkap vaksinasi Covid-19.

Menurutnya, bagi individu yang sedang menjalani kuarantin wajib, mereka akan diberi Pelepasan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian diumumkan.

“Bagaimanapun ujian RT-PCR perlu dijalankan sebelum Pelepasan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.

“Sehubungan itu, bagi individu yang sedang menjalani kurantin wajib hari ke-5 dan ke atas serta telah lengkap vaksinasi COVID-19, mereka akan menjalani ujian RT-PCR bermula hari ini.

“Sekiranya keputusan ujian pengesanan Covid-19 adalah negatif, mereka akan diberikan Pelepasan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian pada 18 Oktober ini,” katanya. K Online

Tiga kategori pengembara dibenarkan kuarantin wajib tujuh hari


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker