Siasat segera pendedahan video seks muncul ketika peperiksaan maya

Siasat segera pendedahan video seks muncul ketika peperiksaan maya

Kementerian Pendidikan digesa menyiasat pendedahan ibu bapa pelajar Tingkatan 2 sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur apabila satu video seks muncul di skrin ketika pelajar sedang menduduki peperiksaan melalui platform Google Meet.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata kementerian perlu memandang serius perkara berkenaan dan menangani masalah itu secara profesional tanpa berselindung. (without sweeping it under the carpet)



“Saya meminta Menteri Pendidikan untuk menyiasat perkara tersebut, sentiasa berkomunikasi mengenai perkembangan penyiasatan dengan orang ramai terutama dengan ibu bapa yang terlibat dan mengambil langkah proaktif untuk memastikan bahawa kelas dalam talian tetap menjadi platform yang selamat untuk pelajar,” katanya dalam satu kenyataan.

Teo yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan menegaskan insiden memalukan seperti itu seharusnya tidak berlaku selepas hampir dua tahun sistem pendidikan negara menggunakan kaedah pembelajaran secara maya.

“Secara fakta, setiap kandungan yang dikongsi mesti disaring dengan teliti agar fikiran pelajar tidak dipengaruhi dan tidak terganggu.

“Potensi untuk kejadian seumpama itu untuk berlaku lagi sangat tinggi. Berkongsi video seks eksplisit dengan kanak-kanak juga melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan kita tidak boleh memandang rendah betapa serius masalah ini,” katanya.



Semalam, dua ibu bapa yang tidak mahu dikenali memberitahu FMT, kejadian itu berlaku ketika pelajar sedang mengambil kehadiran sebelum peperiksaan reka bentuk dan teknologi (RBT) diadakan melalui platform sidang video Google Meet.

Mereka berkata, guru terbabit segera mengarahkan pelajar untuk meninggalkan kelas maya, dengan peperiksaan kemudiannya dijalankan menggunakan borang dalam talian.

Guru subjek itu dipercayai tidak mengetahui individu yang berkongsi video berkenaan dalam kumpulan terbabit. FMT

Siasat segera pendedahan video seks muncul ketika peperiksaan maya




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker