RM127 juta selenggara, ganti lif 67 PPR seluruh KL

RM127 juta selenggara, ganti lif 67 PPR seluruh KL

Kerajaan memperuntukkan RM127 juta untuk kerja menyelenggara dan menggantikan lif di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata kerja penyelenggaraan biasa terhadap kemudahan itu akan disiapkan menjelang akhir tahun ini.

“Kerja menggantikan lif di semua 67 PPR di Kuala Lumpur akan mengambil masa setahun hingga dua tahun,” katanya kepada wartawan ketika meninjau Perumahan Awam (PA) Sri Perak di Sentul hari ini.

Flat 17 tingkat yang terdiri daripada tujuh blok itu dibina pada 1986 dan ia menempatkan seramai 7,140 penduduk.

Ismail berkata, lif yang tidak berfungsi menjadi masalah besar kepada penduduk terutamanya ketika berlaku kecemasan seperti gangguan bekalan air atau kematian.

Katanya, ia agak sukar untuk penghuni dari tingkat lebih tinggi untuk menurunkan jenazah.

Ditanya mengenai kurangnya kemudahan tempat letak kereta di PPR, Ismail berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meneliti perkara itu dan salah satu penyelesaiannya ialah dengan menyediakan kemudahan tempat letak kereta bertingkat.

Tambahnya, Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL telah memperuntukkan RM8.4 juta untuk PA Sri Perak.

Peruntukan itu akan digunakan untuk menggantikan 14 unit lif di tujuh blok, menyelenggara pendawaian elektrik dengan kos RM1.8 juta dan menaiktaraf dewan orang ramai dengan kos sebanyak RM400,000.

Manakala RM1 juta lagi diperuntukkan untuk menaiktaraf padang bola dan beberapa kemudahan lain di sekitar tujuh blok berkenaan.

Ismail berkata, lawatan kerja bersama Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim itu adalah untuk mendengar aduan yang dibangkitkan penduduk mengenai keadaan tempat tinggal mereka dan masalah utamanya adalah berkaitan kemudahan lif.

Sementara itu, Ismail yang ditanya mengenai langkah mewajibkan vaksin berkata, Jemaah Menteri masih lagi membincangkan perkara itu.

Bagaimanapun, beliau menggesa orang ramai mendapatkan suntikan vaksin lengkap untuk menikmati kelonggaran yang diberikan kepada individu lengkap dos vaksin Covid-19 seperti merentas negeri, makan di restoran, menunaikan solat di masjid dan umrah, antara lain.

Ismail berkata, walaupun kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap mereka yang enggan divaksin, tindakan masih boleh diambil sekiranya mereka menyebarkan berita palsu mengenai vaksin.

“Bagaimanapun, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap penjawat awam yang enggan divaksin,” katanya. FMT

RM127 juta selenggara, ganti lif 67 PPR seluruh KL


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker