Ular belit tuan sendiri sehingga mati

Ular belit tuan sendiri sehingga mati

HARRISBURG, PENNSYLVANIA – Seorang lelaki di negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat meninggal dunia kelmarin selepas dibelit ular peliharaannya sepanjang 5.48 meter (18 kaki) di bahagian leher minggu lalu, lapor majalah People.

Elliot Senseman, 27, mati ketika dirawat di Hospital Lehigh Valley kira-kira pukul 8.11 pagi (waktu tempatan), kata Koroner Daerah Lehigh, Daniel A. Buglio dalam satu kenyataan.



“Punca kematian adalah kecederaan pada otak akibat kurang oksigen semasa dibelit.

“Seekor ular sawa boa constrictor dengan saiz kira-kira 5.48 meter melilit leher mangsa, yang mengakibatkan kecederaan otak ,” kata kenyataan tersebut sambil menambah, kejadian itu disifatkan sebagai kemalangan.

Dalam insiden pada minggu lalu itu, anggota polis Perbandaran Upper Macungie dikejarkan ke perkampungan Fogelsville sejurus menerima panggilan kecemasan. Setibanya di lokasi kejadian, anggota-anggota polis menemui seorang lelaki terbaring di lantai, manakala seekor ular melilit lehernya.

“Disebabkan saiz reptilia itu amat besar, salah anggota kami terpaksa menembak kepala ular tersebut tanpa mengakibatkan kecederaan kepada mangsa,” demikian menurut laporan polis.



Dalam pada itu, seorang ahli keluarga mangsa memberitahu laman berita The Daily Beast bahawa mangsa mula membela ular sejak berusia 10 tahun selain mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan reptilia itu.

Dia juga telah menyelamatkan banyak ular dalam tempoh enam tahun lalu dan amat berminat dalam mencari tempat tinggal baharu bagi haiwan tersebut. K Online

Ular belit tuan sendiri sehingga mati


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)

Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami



Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker