Olimpik Tokyo: Lulus ujian sulung, Dhabitah idam final

Jika Nur Dhabitah Sabri mampu mengekalkan kedudukan ke-10 seperti dilakukan dalam aksi kelayakan semalam, dia berpeluang cerah untuk layak ke final acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita esok.

Daripada 18 penerjun yang bertanding di separuh akhir hari ini, hanya 12 terbaik layak beraksi dalam perebutan pingat.

Lega berjaya ke separuh akhir, penerjun berusia 22 tahun itu berharap mampu meningkatkan terjunan hari ini ( 2 petang).



“Alhamdulillah puas hati de­ngan terjunan hari ini (semalam). Esok (hari ini) situasi berbeza dan harap dapat buat lebih baik.

“Saya mahu fokus dan cuba sebaik mungkin untuk diri sendiri dan Malaysia,” katanya.

Dhabitah menamatkan lima terjunan dengan 291.6 mata untuk berada pada kedudukan ke-10 daripada 27 peserta, sekali gus menempatkan diri dalam kelompok 18 penerjun terbaik.

Nasib berbeza buat seorang lagi penerjun, Wendy Ng apabila gagal menyamai pencapaian cemerlang di Rio 2016 selepas menamatkan terjunan di tangga ke-20 dengan mengutip 251.95 mata, sekali gus memberi kekecewaan.



Lulus ujian sulung, Dhabitah idam final


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki Britain tikam sembilan ekor kucing



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker