Cakaplah apa pun – Amyra Rosli

Cakaplah apa pun – Amyra Rosli

Pelakon, Amyra Rosli telah berkongsikan pengalamannya ketika permulaan menjadi pengacara untuk satu program di stesen television.

Menurut Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli berkata, dia pada mula kurang berkeyakinan untuk menjadi pengacara kerana kurang pengalaman dan pelbagai alternatif dilakukan bagi memperbaiki kemahirannya itu.

“Mula-mula memang tak yakin, tapi dari hari ke hari kita berlatih, lama-lama benda tu akan jadi biasa dan kita seronok buat, sekarang saya suka sangat jadi pengacara, sangat suka!

“Awal-awal dalam studio, saya bertarung dengan segala macam untuk ubah diri menjadi sebati dalam dunia pengacaraan,” tulisnya.

Amyra yang kini menjadi pengacara untuk program Nona di TV3 berkata, pada awalnya dia menerima pelbagai komen dan kritikan dari segi pengcaraannya itu.

Meskipun begitu, perkara tersebut tidak melemahkannya, malah telah membakar semangatnya untuk terus mempelajari dan perbaiki kekurangan pada dirinya itu.

Sebelum ini Amyra berkata, dia berasa sedikit kekok kerana hanya melakukan rakaman dalam studio dan setelah kerajaan memberikan kelonggaran untuk membenarkan penggambaran diluar, akhirnya dia telah mempelajari sesuatu baharu yang belum pernah dilakukan olehnya.

“Sekarang dah boleh penggambaran di luar, saya rasa dah faham apa yang saya buat, mungkin masa baru-baru rakam dalam studio tu saya kejung sikit kot, haha

Tapi saya tak kisah pun apa orang nak cakap, sebab nak berjaya ni kita kena hadap je apa yang ada dekat depan

“Janji kita rajin belajar dan kena perbaiki yang mana kekurangan, kita terus berdiri bersama semangat mereka, yang mana kecam, anggap sahaja itu adalah satu cabaran untuk kita sedar dari zon selesa kita

“Kehidupan ni kejap diatas kejap dibawah itu biasa, yang penting kita tau apa kita buat dan jangan pernah putus asa,” ujarnya.

Tambah Amyra lagi, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada individu yang banyak membantunya dengan menurunkan ilmu pengacaraan untuk memantapkan lagi kemahirannya untuk menjadi seorang pengacara.

“Terima kasih banyak-banyak kepada kakak saya @fizafrizzy @ameerazaini @fizasabjahan yang sanggup buat “zoom meeting” setiap minggu untuk berkongsi ilmu

“Kita nak bayar tapi mereka tak nak!! Syukur dikelilingi dengan orang-orang yang baik, sayang awak semua

“Bermula minggu depan dan seterusnya, Myra akan bawa anda ke tempat-tempat yang menarik nantikan okay,” luah Amyra Rosli. Wy

Cakaplah apa pun – Amyra Rosli


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker