Jangan rampas musang king kami – Pekebun
Jangan rampas musang king kami – Pekebun
GUA MUSANG – Lebih 30 pekebun yang mengusahakan tanaman durian musang king dan getah di Hutan Simpan Ulu Galas di Kampung Pulai di sini mahu kerajaan negeri memberi ruang rundingan kepada mereka.
Ia berikutan notis pengosongan kawasan tanaman yang diterima daripada pihak Jabatan Perhutanan negeri yang memerintahkan mereka mengosongkan tapak tanaman sejak 30 September lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pekebun Kecil Hutan Simpan Ulu Galas, Leow Chin Meng, 53, berkata, mereka telah mengusahakan kebun seluas 90 hektar itu dengan menanam durian dan getah sejak kira-kira 20 tahun lalu.
“Sehubungan itu, kami berharap dapat mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi memastikan pihak pekebun mendapat keputusan yang adil dalam isu penerokaan tanah di kawasan itu.
“Kami difahamkan sebanyak 90 hektar kawasan kebun durian dan getah yang telah mengeluarkan hasil akan diambil sebelum diberikan kepada pihak syarikat lain,” katanya di sini semalam.
Sementara itu, seorang lagi pekebun, Tina Chong berkata, kesemua pekebun berharap satu penyelesaian yang adil dapat diputuskan kerana telah banyak melabur wang bagi mengusahakan tanaman di kawasan itu.
Jelasnya, mereka sebelum ini tidak mengetahui kawasan yang diteroka termasuk dalam hutan simpan.
“Pekebun mahu berunding dengan kerajaan untuk mendapat kebenaran sama ada tanah yang diusahakan itu dapat diberi secara pajakan atau sewa tanah.
“Banyak duit telah dilaburkan malah tanaman diusahakan antaranya musang king dan duri hitam kini sudah mula mengeluarkan hasil,” katanya. K Online
Jangan rampas musang king kami – Pekebun
Baca Artikel Menarik :
- Janji Menteri, DBKL belum sempurna
- Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa
- Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut
- Syafiq lamar Mimi Lana?
- Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video)
- Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan
- Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang
- Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video)
- Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya
- Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu
- Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam
Layari Laman Facebook MYKMU
Siang kutip sampah malam jadi perogol