Bakal pengantin tak lengkap vaksin dikompaun, diarah patah balik
TUMPAT – Hajat sepasang kekasih untuk melangsungkan perkahwinan di Pasir Mas di sini terbantut apabila mereka yang belum lengkap dua dos vaksin diarah berpatah balik semasa tiba di sekatan jalan raya (SJR) Batu Melintang, Jeli hari ini.
Lebih malang, lelaki berusia 44 tahun dan kekasihnya 39 tahun dari Perak itu masing-masing turut dikenakan kompaun RM2,000 kerana mereka tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa perjalanan rentas negeri.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kejadian pada pukul 12 tengah hari itu berlaku semasa anggota polis yang bertugas di SJR itu meminta pasangan tersebut mempamerkan sijil vaksinasi, namun kedua-duanya masih belum lengkap dua dos vaksin Covid-19.
“Berdasarkan keterangan, mereka sedang dalam perjalanan dari Perak menuju ke Pasir Mas untuk melangsungkan majlis akad nikah.
“Mereka memberikan pelbagai alasan malah turut berkeras untuk meneruskan perjalanan ke Pasir Mas sehingga polis terpaksa mengeluarkan kompaun RM2,000 dan mengarahkan mereka berpatah balik ke Perak,” katanya kepada pemberita selepas Program Pematuhan Covid-19 Fasa 2 di Pantai Genting di sini hari ini
Baca Artikel Menarik :
- Janji Menteri, DBKL belum sempurna
- Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa
- Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut
- Syafiq lamar Mimi Lana?
- Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video)
- Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan
- Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang
- Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video)
- Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya
- Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu
- Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam
Layari Laman Facebook MYKMU