SPRM terima aduan Lokman Noor Adam

Sebaran :

SPRM terima aduan Lokman Noor Adam

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima aduan daripada Presiden Laskar Siber Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, berhubung dakwaan rasuah projek penambakan laut di Melaka.

SPRM memaklumkan, satu kertas siasatan berhubung isu itu telah dibuka sebelum ini, justeru aduan yang dibuat di ibu pejabat suruhanjaya berkenaan, hari ini, akan dikepilkan dalam kertas siasatan terbabit.

“SPRM akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes itu meliputi semua aspek dibangkitkan dalam aduan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan SPRM meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau bukti berhubung dakwaan pembolotan projek ekonomi serta menipu Kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir di Melaka, supaya tampil memfailkan aduan.

Polemik itu tercetus susulan dakwaan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, mengenai isu berkenaan. BH

SPRM terima aduan Lokman Noor Adam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3


Sebaran :

Leave a Reply