PH bazir waktu cabar pembubaran DUN Melaka



Sebaran :

PH bazir waktu cabar pembubaran DUN Melaka – Isham Jalil

Pakatan Harapan (PH) sekadar membazir waktu dan sumber mahkamah dengan mencabar keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, kata Isham Jalil.

Ketua Penerangan BN Selangor itu berkata, pembubaran DUN Melaka yang dipohon Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali sah kerana mengikut undang-undang tubuh negeri.

“Sebab itu juga kelmarin saya kata bahawa pilihan yang ada sekarang adalah sama ada untuk mengadakan pilihan raya negeri atau menangguhkan pilihan raya melalui pengisytiharan darurat di negeri Melaka.



“Jika PH ingin membazirkan waktu dan sumber mahkamah untuk mencabar keputusan TYT (Yang di-Pertua Negeri) untuk membubarkan DUN, itu adalah hak mereka dan kita akan lawan,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Pada 5 Okt lalu, kemelut politik di Melaka akan diselesaikan dengan mengembalikan hak untuk menentukan kerajaan negeri kepada pengundi.

Speaker DUN Melaka, Ab Rauf Yusoh berkata, cadangan agar diadakan pilihan raya di peringkat negeri diterima Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Rustam.

Ab Rauf juga mengumumkan pembubaran DUN Melaka.



Dalam pada itu, Isham berkata notis atau nasihat pembubaran DUN kepada TYT Melaka telah dibuat pada sebelah pagi iaitu pada sekitar jam 11.

Manakala sidang akhbar penarikan sokongan empat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dibuat pada sebelah petang pada hari yang sama iaitu jam 2 petang.

“Oleh itu semasa nasihat diberikan oleh ketua menteri untuk pembubaran DUN, penarikan sokongan empat Adun itu masih belum berlaku, oleh itu semasa DUN dibubarkan, ketua menteri masih mempunyai sokongan.

“Namun demikian, persoalan masa atau ‘timing’ nasihat pembubaran DUN dan penarikan sokongan Adun ini bukanlah suatu isu undang-undang namun adalah isu politik.



“Sebab mengikut undang-undang (bertulis atau secara konvensyen), apabila seorang ketua kerajaan atau ketua menteri telah hilang sokongan majoriti, dia mempunyai dua pilihan iaitu, pertama, untuk meletakkan jawatan, atau kedua, untuk membubarkan DUN,” katanya lagi. Mk

PH bazir waktu cabar pembubaran DUN Melaka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Tentera tembak diri sendiri, ibu mentua, selepas bertengkar dengan isteri


Sebaran :


Leave a Reply