Ini cubaan halang saya wakili Najib
Ini cubaan halang saya wakili Najib
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan saman taksiran cukai pendapatan yang difailkan terhadapnya sebagai usaha menghalang beliau daripada terus mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam kes jenayah dihadapi bekas perdana menteri itu.
Muhammad Shafee berkata, saman dan taksiran yang dibangkitkan adalah sebahagian daripada serangan terhadap dirinya sebagai mangsa politik, antara lain kerana menerima arahan membela Najib yang dimulakan oleh pihak lawan dalam bekas pemerintahan Pakatan Harapan (PH).
Beliau mendakwa menjadi mangsa kerana pernah dan dianggap sebagai peguam UMNO.
Katanya, semua taksiran yang dibangkitkan terhadapnya terutama pada tahun taksiran 2013 dan 2014, menjadi sebahagian daripada serangan kolateral untuk mencipta naratif menyokong tuduhan jenayah terhadapnya.
“Antara lain, saya didakwa di bawah Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 dibaca bersama dengan Seksyen 113 (1) (a) Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya.
Muhammad Shafee berkata demikian dalam permohonan tuntutan balas terhadap saman difailkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang menuntut peguam itu membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM9.41 juta.
Melalui permohonan difailkan pada 11 Ogos lalu, Muhammad Shafee turut mendakwa taksiran cukai itu tidak tepat dan menyalahi undang-undang serta menyebabkan reputasinya terjejas.
Katanya, pengeluaran notis taksiran bagi tahun taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016 dibuat melebihi tempoh had statutori mengikut Seksyen 91(1) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Menerusi carian sistem e-kehakiman mahkamah, LHDN pada 28 September lalu memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan balas Muhammad Shafee.
Permohonan LHDN itu dibuat dengan alasan antaranya tuntutan balas itu adalah penyalahgunaan proses mahkamah dan ia gagal menunjukkan kausa tindakan munasabah.
LHDN berkata, tuntutan balas itu bertujuan mempertikai taksiran yang dibangkitkan secara berasas, sah dan teratur berdasarkan Akta Cukai Pendapatan 1967.
Menurut LHDN, pertikaian berhubung taksiran cukai sama ada ia tidak betul, berlebihan atau tidak sah harus didengar di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP).
Pada 27 September lalu, LHDN memohon supaya saman taksiran cukai itu diputuskan melalui penghakiman terus kerana defendan (Muhammad Shafee) gagal membayar keseluruhan tunggakan cukai pendapatan serta kenaikan cukai yang dikenakan ke atasnya berjumlah RM9,414,708.32 dalam tempoh ditetapkan.
LHDN memfailkan saman itu pada 6 Mei lalu dengan mendakwa sehingga kini, Muhammad Shafee gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang bagi Tahun-Tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016 termasuk kenaikan yang dikenakan berjumlah RM9,414,708.32.
BH
Ini cubaan halang saya wakili Najib
Baca Artikel Menarik :
- Kami minum teh tarik saja – Tok Mat
- Pemimpin Dap setuju mungkin kehilangan Pulau Batu Puteh kerana Mahathir
- Video erotik Syahrini disebar bapa angkat
- CEO LHDN letak jawatan?
- Jelutong pun akan duduk – Apek Cina
- Harta karun di Pulau Nangka hilang?
- Saya tidak akan guna watikah calon PRU untuk balas dendam – Zahid
- Pertembungan heavyweight di Parlimen Tambun
- Meninggal dunia selepas dos kedua vaksin campuran
- Bersatu enggan bayar Haniff Khatri yuran guamannya
- Ribut Solar Landa Bumi, Orang Ramai Diminta Tidak Panik
Layari Laman Facebook MYKMU
Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3
You must be logged in to post a comment.