Wanita dibunuh kerana tolak cinta

Wanita dibunuh kerana tolak cinta lelaki muda

Seorang wanita yang juga ibu tunggal warga Thailand ditemui mati minggu lalu dipercayai dibunuh selepas menolak cinta seorang lelaki hampir 20 tahun lebih muda daripadanya.

Mayat mangsa berusia 42 tahun ditemui separuh bogel dalam longkang di tepi Jalan Gua Musang-Kuala Berang sekali gus membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 24 tahun sehari selepas kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Sik Choon Foo berkata, mangsa dipercayai dicekik dan dahinya dipukul menggunakan tukul besi oleh suspek di kedai makan milik keluarganya.

“Selepas mendapati mangsa tidak bernyawa, suspek mengheret mangsa ke dalam but kereta dan membuang mayatnya dalam longkang, kira-kira 6km dari sebuah ladang kelapa sawit,” katanya menurut laporan Utusan.

Katanya lagi, polis juga menemui selipar dan beg tangan mangsa di dua lokasi berasingan yang disyaki dibuang suspek bagi menghapuskan bukti.

Sehari sebelum penemuan mayat mangsa, Siti Padimoh Adae, 44, polis menahan tujuh sekeluarga berumur 21 hingga 64 tahun yang juga majikan wanita itu di Felda Chiku bagi membantu siasatan.

Choon Foo berkata, siasatan kes hampir selesai dengan penemuan bukti dan suspek utama yang dikenal pasti manakala tujuh sekeluarga tersebut masih direman hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Wanita dibunuh kerana tolak cinta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker