Sally Rooney enggan novelnya diterjemah syarikat Israel
Sally Rooney enggan novelnya diterjemah syarikat Israel
DUBLIN – Seorang penulis Ireland, Sally Rooney berkata pada Selasa bahawa dia tidak mahu novel terbaharunya berjudul ‘Beautiful World, Where Are You’ diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew oleh sebuah syarikat penerbitan Israel.
Keengganannya itu adalah disebabkan oleh kempen memboikot Israel berhubung layanan rejim Zionis ke atas penduduk Palestin.
Rooney berkata, dia tidak berasa berhak untuk menerima kontrak dengan sebuah syarikat dari Israel yang didakwanya tidak menjauhkan daripada pelaksanaan polisi yang mengasingkan penduduk Palestin.
Beliau juga menyokong hak-hak penduduk Palestin seperti yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dalam satu kenyataan, penulis wanita berusia 30 tahun itu berkata, buat masa sekarang, beliau enggan memilih untuk menjual hak-hak terjemahan novel terbaharunya kepada sebuah syarikat penerbitan Israel.
Sambil menyebut laporan hak asasi manusia, Rooney berkata, sistem penguasaan perkauman dan pengasingan penduduk Palestin telah memenuhi definisi aparteid di bawah undang-undang antarabangsa.
Beliau menyatakan sokongannya terhadap sebuah pergerakan iaitu ‘Boikot, Nyahlabur dan Sekatan’ ke atas mana-mana firma serta institusi yang melaksanakan sistem aparteid dan lain-lain pelanggaran hak asasi manusia.
Rooney berkata, pergerakan tersebut merupakan model pemboikotan ekonomi dan budaya yang berjaya membantu menamatkan polisi aparteid di Afrika Selatan.
Novel ‘Beautiful World, Where Are You’ diterbitkan pada September lalu lalu menjadi ‘bestseller’ di United Kingdom (UK) dan Ireland.
Namun, tindakannya itu mendapat kritikan daripada pengkritik kesusasteraan dari Amerika Syarikat (AS), Ruth Franklin dengan menyatakan untuk menghukum Israel dengan standard yang berlainan adalah bersifat antisemantik. Sinar
Sally Rooney enggan novelnya diterjemah syarikat Israel
Baca Artikel Menarik :
- ‘Saya ada fakta kukuh Pulau Batu Puteh milik Malaysia’
- Ini amaran Polis kepada yang nak rentas negeri
- Pasport Jepun, Singapura terbaik dunia
- Malaysia Airlines tawar tambang serendah RM59
- Rentas negeri, ini apa yang Najib kata
- Lawatan mengejut bukan cari salah sesiapa – Khairy
- Wanita pedofil rakam aksi tidak senonoh depan kanak-kanak
- Pernah Bermain Sebagai ‘Striker’ UM, Perkongsian Dr Adham Baba Ini Undang Perhatian Netizen (Video)
- Shah Rukh Khan tertekan! Tidak makan, tidur sejak anak ditahan kes dadah
- Pakcik Melayu nyanyi lagu Kantonis hibur pesakit Cina (Video)
- Zahid Hamidi dapat semula pasport antarabangsanya
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.