Pemimpin Dap setuju mungkin kehilangan Pulau Batu Puteh kerana Mahathir
Pemimpin Dap setuju mungkin kehilangan Pulau Batu Puteh kerana Mahathir
Kenyataan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, bahawa Dr Mahathir Mohamad bertanggungjawab atas kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, mungkin ada benarnya, kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy.
Najib, dalam catatan Facebook baru-baru ini, bertanya siapa yang menasihati Mahathir untuk menarik balik permohonan semakan kes berkenaan setelah Pakatan Harapan (PH) merebut Putrajaya kira-kira tiga tahun lalu.
Katanya, pentadbiran PH menulis kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menarik balik permohonan itu pada 28 Mei 2018.
Semakan kes itu difailkan pada Februari 2017 oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ramasamy berpendapat, PH sepatutnya merayu keputusan terdahulu ICJ.
“Mahathir diberi nasihat yang salah bahawa Malaysia tidak berpeluang memenangi rayuan itu, dan bahawa kos rayuan terlalu tinggi,” katanya dalam catatan Facebook.
Katanya, bukan terletak pada Mahathir untuk memutuskan sama ada permohonan semakan boleh dimenangi atau tidak.
“Bukan terletak pada kerajaan PH mahupun Mahathir untuk membuat keputusan menentang rayuan tersebut atas alasan tiada peluang menang.
“Mereka sepatutnya membiarkan ICJ atau Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai rayuan itu. Mana tahu, Malaysia mungkin menang,” katanya.
Ramasamy berkata, mengapa hal ini dirujuk kepada ICJ dari awal masih menjadi misteri.
“Mahathir mesti menjawab persoalan mengapa perkara ini dirujuk bersama kepada ICJ sedangkan ada jalan diplomatik lain yang boleh diambil.
“Memandangkan Singapura mendapat banyak manfaat daripada hubungan jangka panjangnya dengan Malaysia, ini dapat digunakan secara diplomatik untuk mendapatkan pulau tersebut.
“Saya diberitahu, walaupun Malaysia mempunyai kes yang kuat dan mungkin dapat menang, fakta yang dibentangkan tidak kukuh dan tidak kompeten.
“Mahathir harus jawab kegagalan besar ini,” katanya.
Kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas untuk mengkaji kes Pulau Batu Puteh.
Pasukan petugas berkenan akan meminta pandangan pakar undang-undang antarabangsa mengenai permohonan menyemak semula keputusan ICJ.
Bagaimanapun, Ramasamy ragu-ragu pasukan petugas “yang ditubuhkan secara terburu-buru” itu dapat mengatasi masalah tersebut.
“Pasukan petugas mengenai Pulau Batu Puteh nampaknya bermotifkan politik berbanding benar-benar mahu menangani isu ini,” katanya. FMT
Pemimpin Dap setuju mungkin kehilangan Pulau Batu Puteh kerana Mahathir
Baca Artikel Menarik :
- ‘Saya ada fakta kukuh Pulau Batu Puteh milik Malaysia’
- Ini amaran Polis kepada yang nak rentas negeri
- Pasport Jepun, Singapura terbaik dunia
- Malaysia Airlines tawar tambang serendah RM59
- Rentas negeri, ini apa yang Najib kata
- Lawatan mengejut bukan cari salah sesiapa – Khairy
- Wanita pedofil rakam aksi tidak senonoh depan kanak-kanak
- Pernah Bermain Sebagai ‘Striker’ UM, Perkongsian Dr Adham Baba Ini Undang Perhatian Netizen (Video)
- Shah Rukh Khan tertekan! Tidak makan, tidur sejak anak ditahan kes dadah
- Pakcik Melayu nyanyi lagu Kantonis hibur pesakit Cina (Video)
- Zahid Hamidi dapat semula pasport antarabangsanya
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.