Kanak-kanak autisme maut tertinggal 3 jam dalam van

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan autisme berusia lapan tahun ditemukan maut selepas dipercayai ditinggalkan selama tiga jam si dalam sebuah van di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan,  di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, mangsa yang mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran itu ditinggalkan tanpa sengaja oleh seorang pemandu van yang diberi tanggungjawab menghantar mangsa.

Beliau berkata, satu laporan polis berhubung kematian kanak-kanak autisme itu diterima pada pukul 7.46 malam tadi.

“Siasatan awal mendapati mangsa sepatutnya dihantar ke Pusat Jagaan Harian di Taman Nusari Aman oleh pemandu van tersebut.

“Bagaimanapun, pemandu van  pulang ke rumah tanpa menyedari mangsa masih berada di dalam kenderaannya dari pukul 2.30 hingga 5.30 petang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Said, sepanjang kejadian itu, van tersebut diletakkan di hadapan rumahnya dan apabila mangsa ditemukan dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dan disahkan telah meninggal dunia,” katanya.

Jelas beliau, susulan daripada kes tersebut, polis  membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 34 tahun yang merupakan pemandu van berkenaan.

“Perintah tahanan reman ke atas suspek akan dimohon bagi mengenal pasti kejadian yang berlaku.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Proses bedah siasat akan dijalankan bagi mengesahkan punca sebenar kematian mangsa,” katanya

Kanak-kanak autisme maut tertinggal 3 jam dalam van


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pertembungan heavyweight di Parlimen Tambun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker