Perbahasan mengungkai Ordinan Darurat antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Hari terakhir Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini dijadual membahas dan meluluskan ketetapan menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan Ordinan-ordinan darurat.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Perdana Menteri akan mencadangkan perkara itu dan antara ordinan terlibat ialah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021.
Sementara itu, sesi Waktu Pertanyaan Menteri pada permulaan persidangan Dewan Rakyat akan menyentuh isu berkaitan pakatan keselamatan tiga negara iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia (AUKUS) serta status dan hak jika penjawat awam tidak mahu mengambil vaksin.
Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) akan bertanya mengenai pendirian terkini kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan berkaitan AUKUS manakala Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Pejuang-Sri Gading) bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri sama ada kerajaan akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap penjawat awam yang tidak mahu mengambil vaksin.
Selain itu, soal persempadanan semula atau menambah kawasan pilihan raya akan dibangkitkan Cha Kee Chin (PH-Rasah) kepada Perdana Menteri.
Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 berakhir hari ini setelah 17 hari bersidang.
– Bernama
Perbahasan mengungkai Ordinan Darurat antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Baca Artikel Menarik :
- ‘Saya ada fakta kukuh Pulau Batu Puteh milik Malaysia’
- Ini amaran Polis kepada yang nak rentas negeri
- Pasport Jepun, Singapura terbaik dunia
- Malaysia Airlines tawar tambang serendah RM59
- Rentas negeri, ini apa yang Najib kata
- Lawatan mengejut bukan cari salah sesiapa – Khairy
- Wanita pedofil rakam aksi tidak senonoh depan kanak-kanak
- Pernah Bermain Sebagai ‘Striker’ UM, Perkongsian Dr Adham Baba Ini Undang Perhatian Netizen (Video)
- Shah Rukh Khan tertekan! Tidak makan, tidur sejak anak ditahan kes dadah
- Pakcik Melayu nyanyi lagu Kantonis hibur pesakit Cina (Video)
- Zahid Hamidi dapat semula pasport antarabangsanya
Layari Laman Facebook MYKMU
Pilihan raya atas nama demokrasi ketika negara masih diancam COVID-19 tidak wajar!
You must be logged in to post a comment.