Idris nafikan rakaman perbualan bersama PM yang tular adalah dirinya [VIDEO]
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Idris Haron menafikan ada kaitan dengan rakaman audio tular yang didakwa perbualan telefon antara beliau dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
“Tak mungkin saya ‘call’ (buat panggilan) PM (Perdana Menteri) ataupun PM call saya.
“Sedangkan Presiden (Ahmad Zahid Hamidi) dan Rauf (Ab Rauf Yusoh) pun saya tidak pernah hubungi, ataupun dihubungi mereka,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Menurut laporan itu, suara dikatakan mirip Idris itu mendakwa menerima pujian daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin Umno susulan penarikan sokongannya terhadap Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali.
Suara itu juga mendakwa Idris memperolehi sokongan ADUN secukupnya untuk menubuhkan kerajaan baharu, termasuk daripada DAP.
Namun, suara dikatakan mirip Ismail Sabri meminta gerakan menarik balik sokongan terhadap Sulaiman itu dihentikan, agar kredibilitinya sebagai Perdana Menteri tidak dipersoalkan.
Terdahulu, media melaporkan Idris Haron, bersama tiga lagi bekas ADUN Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Sulaiman Md Ali, berkuat kuasa serta merta.
Tiga ADUN terbabit adalah Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).
Idris nafikan rakaman perbualan bersama PM yang tular adalah dirinya
Baca Artikel Menarik :
- ‘Saya ada fakta kukuh Pulau Batu Puteh milik Malaysia’
- Ini amaran Polis kepada yang nak rentas negeri
- Pasport Jepun, Singapura terbaik dunia
- Malaysia Airlines tawar tambang serendah RM59
- Rentas negeri, ini apa yang Najib kata
- Lawatan mengejut bukan cari salah sesiapa – Khairy
- Wanita pedofil rakam aksi tidak senonoh depan kanak-kanak
- Pernah Bermain Sebagai ‘Striker’ UM, Perkongsian Dr Adham Baba Ini Undang Perhatian Netizen (Video)
- Shah Rukh Khan tertekan! Tidak makan, tidur sejak anak ditahan kes dadah
- Pakcik Melayu nyanyi lagu Kantonis hibur pesakit Cina (Video)
- Zahid Hamidi dapat semula pasport antarabangsanya
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.