Belum boleh melancong ke Thailand melalui ICQS Bukit Kayu Hitam

Belum boleh melancong ke Thailand melalui ICQS Bukit Kayu Hitam

Rakyat Malaysia yang mahu ke Thailand melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam atas urusan tertentu, dibenarkan berbuat demikian kecuali untuk tujuan melancong.

Timbalan Pengarah (Kawalan) Jabatan Imigresen Kedah, Rosmaliza Mohamed Rashid, berkata individu terbabit hendaklah menghubungi Konsulat Thailand di Pulau Pinang terlebih dahulu untuk mendapatkan kebenaran masuk ke negara itu.

“Seperti kenyataan media sebelum ini oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkuat kuasa 1 Oktober lalu, semua warganegara yang mahu keluar negara atas tujuan tertentu, diberi pengecualian memohon MyTravelPass (MTP).

“Golongan dikecualikan memohon MTP ialah pelajar baharu yang mendapat tawaran memasuki universiti luar negara, bersama dua pengiring; pelajar lama yang menyambung pelajaran dan pelajar yang menduduki peperiksaan, bersama dua pengiring.

“Turut dikecualikan ialah bagi kategori urusan kecemasan seperti kematian dan sakit kritikal, bertemu isteri atau suami di luar negara yang perkahwinan didaftarkan di luar negara, dan menyertai acara sukan, seminar, mesyuarat serta misi bantuan kemanusiaan,” katanya kepada BH, semalam.

Mengulas lanjut, Rosmaliza berkata, pembukaan ICQS di sempadan negeri ini untuk tujuan melancong ke Thailand, akan diberitahu kelak.

“Setakat ini, pihak kami dimaklumkan pembukaan ICQS untuk tujuan pelancongan, masih belum dibenarkan lagi,” katanya. BH

Belum boleh melancong ke Thailand melalui ICQS Bukit Kayu Hitam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pertama kali dapat soalan kahwin lain dalam dewan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker