Pertimbang Skim MyHome 2.0

Pertimbang Skim MyHome 2.0

Kementerian Kewangan diminta mempertimbangkan untuk mengadakan semula Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) 2.0 bagi membantu individu berusia 18 tahun ke atas memiliki rumah pada usia yang muda.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, skim tersebut bukan sahaja dapat menggalakkan pemaju membina lebih banyak model rumah yang berkategorikan mampu milik, tetapi ia dapat mengupayakan rakyat memiliki rumah dalam kalangan usia muda.

Katanya, ini kerana soal pembayaran deposit dilihat menjadi halangan terutamanya buat anak muda untuk memiliki rumah pada usia yang muda.

“Lebih 7,000 unit di bawah skim ini telah terjual dan 85 peratus pembelinya berusia 25 hingga 35 tahun, jadi maknanya model ini satu saat ketika dahulu adalah munasabah.

“Saya juga melihat bahawa Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) adalah penting untuk mengupayakan rakyat memiliki rumah pada usia yang muda

“Oleh kerana itu, kempen memiliki usia rumah pada waktu muda ini adalah sesatu yang akan dibuat,” katanya dalam sesi walkabout ke projek di bawah Skim MyHome di Impiana Sky Residensi, Bukit Jalil hari ini.

Skim MyHome diperkenalkan pada tahun 2014 yang memperuntukkan sebanyak RM300 juta dengan sasaran untuk membina kira-kira 10,000 unit rumah kos rendah di seluruh negara.

Pembeli diberikan rebat sehingga RM30,000 untuk satu unit, maka kerajaan akan membayarkan deposit tersebut selagi nilainya bersamaan dengan RM30,000 atau lebih rendah.

Menurut Reezal Merican, beliau juga telah mengarahkan kementeriannya untuk melihat model-model yang boleh digunakan agar memungkin anak-anak muda dapat memiliki rumah pada usia yang muda pada masa akan datang.

“Apa yang merisaukan adalah anak muda tak dapat memiliki disebabkan penyediaan rumah yang disediakan pada harga yang tinggi dan jauh ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Kedua, apabila disediakan RM200,000 hingga RM300,000, tetapi ketidakupayaan anak muda untuk membeli kerana kekangan deposit,” katanya.

Oleh itu katanya, perkara itu bukan sahaja melibatkan soal penyedia rumah, tetapi memerlukan skop rangkuman keseluruhan kaedah untuk anak muda dapat akses dan memiliki rumah.

“Bayangkan pada umur 25 tahun boleh ambil tempoh pinjaman 45 tahun, tetapi kebanyakan orang dahulu menyimpan sebelum memiliki rumah sehingga pada usia yang lewat.

“Maka pada masa itu nilai hartanah dan pembayaran bulanan pinjaman meningkat kerana tempoh pinjaman yang pendek,” katanya. Utusan

Pertimbang Skim MyHome 2.0


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pertama kali dapat soalan kahwin lain dalam dewan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker