8,743 kes Covid-19, 770 di ICU

Sebaran :

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan rekod kes harian Covid-19 dengan 8,743 jangkitan dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah jangkitan kini adalah 2,332,221 kes.

Hisham berkata, terdapat 14,422 kes pulih, menjadikan jumlah mereka yang sembuh dari Covid-19 menjadi 2,184,711.

Terdapat 419 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, beliau berkata berdasarkan data terkini pada 8 Okt , nilai RT Malaysia adalah sebanyak 0.86.

Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Putrajaya (nilai RT 1.11), diikuti oleh Perlis (nilai 1.08), serta Negeri Sembilan (nilai RT 1.03).

“Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Labuan,” katanya.

8,743 kes Covid-19, 770 di ICU


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM spontan santuni kanak-kanak


Sebaran :

Leave a Reply