PRN Melaka wajar ditangguh – Tok Mat

PRN Melaka wajar ditangguh – Tok Mat

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berpandangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka wajar ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19 yang masih belum reda di negara ini.

Mohamad berkata kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar mempertimbangkan pandangan daripada pakar perubatan atau kesihatan mengenai kesan kepada negara dan rakyat sekiranya PRN tetap dilaksanakan.



Katanya ramai pihak bimbang jika tercetus sekali lagi gelombang jangkitan Covid-19 seperti yang berlaku selepas PRN Sabah tahun lepas.

“Walaupun kadar vaksinasi penuh untuk golongan dewasa telah hampir 90%, kadar jangkitan masih boleh menaik dengan mendadak.

“Covid-19 masih berada dalam komuniti, dalam hal ini kita perlu mendengar pendapat pakar perubatan dan pertimbangan sewajarnya perlu diambil,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada warga emas, ibu tunggal dan asnaf serta anak-anak yatim di Masjid Kampung Sega, Rantau di sini, hari ini.

Pada 4 Okt lepas DUN Melaka dibubarkan kerana Kerajaan Negeri Melaka hilang majoriti dan berdasarkan Perlembagaan Negeri Melaka Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu dilaksanakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran itu.



Ia susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) – Idris Haron (BN-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) – yang hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.

Mohamad berkata kerajaan juga perlu mengambil kira faktor lain iaitu negara kini sedang dalam proses pemulihan ekonomi dan sosial susulan wabak maut itu dan rakyat juga baharu dapat meneruskan kehidupan harian seperti biasa justeru PRN Melaka wajar ditangguhkan.

Katanya sekiranya PRN Melaka tetap diadakan, SPR perlu menetapkan kempen pilihan raya dilakukan secara maya dan pengundian dibuat dalam tempoh beberapa hari dan bukannya sehari. FMT

PRN Melaka wajar ditangguh – Tok Mat




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker