APM Ipoh bantu urusan pengebumian jenazah wanita 300kg

APM Ipoh bantu urusan pengebumian jenazah wanita 300kg

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Ipoh hari ini membantu menguruskan pengebumian jenazah seorang wanita seberat 300kg di Tanah Perkuburan Islam Tambun di sini.

Pegawai APM Ipoh Muhammed Ameen Salleh Mura berkata pihaknya menerima panggilan daripada pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi khidmat bantuan kemanusiaan itu kira-kira 11.30 pagi.



“Pihak HRPB minta tolong menyempurnakan pengebumian jenazah wanita berusia 31 tahun itu kerana memerlukan ramai tenaga jadi kami menghantar lapan anggota dan seorang pegawai APM bagi membantu keluarga jenazah.

“Proses itu perlu menggunakan kemahiran terutama melibatkan perkara teknikal untuk memudahkan jenazah dimasukkan secara sempurna ke liang lahad,” katanya yang dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata bantuan khas itu dijalankan selepas jenazah dibawa menaiki lori hospital ke tanah perkuburan itu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Menurut Muhammed Ameen pasukan APM bersama orang awam dan keluarga jenazah turut membantu menurunkan jenazah dan menguruskan proses pengebumian.



“Ini merupakan khidmat kemanusiaan yang kita laksanakan kepada masyarakat selain tugas yang ditetapkan seperti bencana dan kecemasan,” katanya menambah urusan pengebumian itu selesai pada kira-kira 1 tengah hari. FMT

APM Ipoh bantu urusan pengebumian jenazah wanita 300kg


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker