Dua kemungkinan natijah krisis Melaka
SHAH ALAM – Kemelut politik negeri Melaka menyaksikan kemungkinan berlakunya pembubaran DUN atau pelantikan ketua menteri yang baharu bergantung kepada keputusan Tuan Yang Terutama, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.
Pendapat itu disuarakan penganalisis politik veteran, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain ketika diminta mengulas kekecohan yang berlaku susulan spekulasi mahu menjatuhkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
“Mungkin ada rasa tidak setuju dengan Sulaiman maka gerakan diatur untuk menjatuhkan beliau.
“Jadi kalau benar mereka sudah hilang kepercayaan kepada ketua menteri dan menghantar SD kepada Tuan Yang Terutama (TYT) maka ada dua kemungkinan.
“Pertama DUN Melaka bubar. Kedua, ketua menteri yang baharu akan dilantik. Itu semua bergantung kepada keputusan TYT, ” ujar Ahmad Atory kepada Sinar Premium pada Isnin.
Bagaimanapun katanya lagi, dalam keadaan pilihan raya umum mungkin diadakan tidak lama lagi, kekecohan itu tidak sepatutnya berlaku tetapi dalam percaturan politik segalanya mungkin demi merealisasikan impian.
Beliau juga bersetuju, situasi rumit itu boleh membuka ruang kepada PH kembali memerintah sekiranya tuntutan keempat-empat ADUN tersebut yang mahukan Sulaiman berundur tidak dipenuhi.
“Ini umpama satu bentuk ‘ugutan’ dan sekiranya mereka berpaling kepada blok pembangkang, maka PH ada peluang untuk kembali berkuasa di Melaka,” ujarnya.
Dalam pada itu, Sulaiman mengakui tiada sebarang persengketaan dengan empat ADUN yang mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.
“Mengenai empat orang yang hilang kepercayaan itu, hubungan saya dengan mereka amat baik. Apa yang diminta, apa yang dipohon saya laksanakan sebaik mungkin.
“Apabila mengatakan kerajaan sekarang ini sebaliknya, maka tidak tahu apa hendak cakap.
“Selama ini (dalam) mesyuarat, apa yang diperlukan saya sentiasa bantu dan beri kerjasama,” katanya pada sidang akhbar di Masjid Tanah pada Isnin.
Dua kemungkinan natijah krisis Melaka
Baca Artikel Menarik :
- Kerajaan Melaka tumbang, 3 exco letak jawatan, tarik sokongan – Idris
- Projek HSR versi PN merugikan negara, Najib suarakan kebimbangan pada Kerajaan
- Kartunis hina Nabi Muhammad maut kemalangan dikanggar lori
- Bila PM pula tanya pengacara, terkejut mereka (video)
- Bagaimana Daim, orang kaya Malaysia guna Singapura simpan duit di luar negara
- Raja Ilya kena kecam kerana terlalu ‘mendedah’
- Tony Fernandes a father again at 57
- Total war UMNO-Bersatu pasti berlaku dalam PRU-15
- Nanti ustaz marah ‘feeling’ lebih – Neelofa
- Kenyataan rasis : Pemimpin Bersatu letak jawatan
- Azmin ketuai parti baru?
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.