Tiada kompromi dengan ancaman kedaulatan negara kita

Tiada kompromi dengan ancaman kedaulatan negara kita

Malaysia tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana negara besar yang mengancam kedaulatan negara di Laut China Selatan.

Menegaskan perkara itu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia sudah ditekankannya beberapa kali dalam forum antarabangsa sebelum ini.



“Seperti kita tahu, Laut China Selatan merupakan isu yang besar dan saya beberapa kali dalam forum antarabangsa menekankan, Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana negara besar sekali pun jika ada ancaman berkaitan Laut China Selatan.

“Itu ditekankan dalam perjumpaan dengan wakil-wakil negara berkaitan, dengan duta atau menteri pertahanan. Tiada kompromi dari segi kedaulatan kita,” katanya menerusi wawancara khas yang disiarkan secara langsung, sebentar tadi. MG

Tiada kompromi dengan ancaman kedaulatan negara kita


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Ustaz Kazim Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker