Prof Ridhuan Tee ‘Berang’ SMPC tak berperlembagaan dapat RM15 juta

Prof Dr Ridhuan Tee benar-benar kecewa apabila Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan RM15 juta untuk 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara – yang hakikatnya langsung tidak membantu membina negara bangsa.

Umum mengetahui Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) boleh dikategorikan sebagai mewah dengan prasarana yang lengkap dengan segala kemudahan, mengalahkan sekolah berasrama penuh.

Sangat dikesali kerana peruntukan diberikan walaupun sekolah tersebut tidak mengikut kurikulum aliran kebangsaan seperti yang ditetapkan olah Kementerian Pendidikan (KPM) bahkan operasinya dikelolakan oleh NGO ultra kiasu selain tidak berperlembagaan.

Atas dasar itu Prof Ridhuan Tee berpendapat, daripada membantu intitusi rasis ini, lebih baik peruntukan tersebut digunakan bagi perkemaskan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kepada semua pelajar yang menghadapi masalah.

Ia juga termasuk memberikan segala kemudahan yang perlu agar PdPR dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

“Terus terang, jangan terlalu percaya kepada apa jua alasan NGO ultra kiasu ini bahawa sekolah dan universiti mereka begitu terkesan dengan pandemik COVID-19 sehingga ada pelajar yang tidak mampu membayar.

Belajar Dari Pengalaman Lee Kwan Yew Hapus ‘Sekolah Vernakular’

“Benarkah? Kebanyakan mereka yang menghantar anak-anak ke SPMC adalah dalam kalangan berada. Jika tidak, tidak dinamakan sekolah sekolah persendirian. Berapa banyak syarikat dan hartawan ultra kiasu menyumbang bagi memastikan SPMC megah berdiri?

“Lagipun mereka ada pilihan untuk pergi ke sekolah aliran kebangsaan jika terdesak, kenapa masih sanggup teruskan sekolah rasis ini?” bidasnya.

Beliau secara sinis mempersoalkan dakwaan NGO ultra kiasu kekurangan dana dan perlu kepada bantuan kerajaan.

“Jika NGO miskin saya tidak fikir mereka boleh membina bangunan sendiri yang boleh dikatakan wujud di setiap negeri dalam skala besar. Jangan pergi jauh, pergi ke Kajang, Serdang dan beberapa tempat di Lembah Kelang,” katanya.

Terdahulu, pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong mendedahkan, 63 buah SMPC di seluruh negara telah mendapat peruntukkan sebanyak RM15 juta dari kerajaan tahun ini.

Menurut Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim SMPC di seluruh negara menerima peruntukan dari Kementerian Kewangan yang disalurkan sejak beberapa hari lepas

Prof Ridhuan Tee ‘Berang’ SMPC tak berperlembagaan dapat RM15 juta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Media vernakular’ milik kerajaan sudah tunjuk taring?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker