PAS tegas mahu penjelasan peruntukan RM15 juta kepada SMPC

Anggota Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari memohon Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi penjelasan berhubung peruntukan RM15 juta kepada sekolah persendirian Cina.

Timbalan ketua pemuda PAS itu turut mempersoalkan berapakah pula peruntukan yang disalurkan kepada sekolah-sekolah tahfiz swasta.

“Saya telah menghantar soalan untuk Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) yang dijadualkan setiap Selasa dan Khamis sepanjang sidang parlimen.



“Jika soalan naik, kita nantikan jawapan menteri pendidikan. Walau apapun, ia merupakan isu yang wajib memerlukan penjelasan,” katanya pada satu hantaran di Facebook, hari ini.

Hal itu didedahkan Presiden Dong Zong, Tan Tai Kim kepada Malaysiakini dan disahkan Timbalan Menteri Pendidikan Mah Hang Soon.

“Pada 23 Sept, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa peruntukan RM15 juta akan disediakan untuk 63 sekolah persendirian Cina,” kata Tan.

Kedaifan pusat tahfiz sejak puluhan tahun, seperti tiada perubahan



Sebelum ini, Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata Al-Quran) mendapati sebanyak 64.7 peratus maahad tahfiz di Malaysia perlu menutup operasi atas arahan kerajaan.

Presiden Permata Al- Quran, Manolito Mohd Dahlan, dilaporkan berkata ia berdasarkan kajian pihaknya terhadap sebanyak 512 maahad tahfiz di negara ini.

Selain itu jelasnya, kajian turut mendapati 11.7 peratus maahad tahfiz perlu memberhentikan semua kakitangan, mampu bayar separuh gaji (52 peratus), boleh bertahan tidak lebih tiga bulan (34.4 peratus).



Katanya lagi, sebanyak 38.1 peratus tidak menerima bantuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) manakala sebanyak 85.4 peratus maahad menerima yuran separuh atau kurang kerana ibu bapa tidak berkemampuan.

PAS tegas mahu penjelasan peruntukan RM15 juta kepada SMPC


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Prof Ridhuan Tee ‘Berang’ SMPC tak berperlembagaan dapat RM15 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker