Lelaki kahwini periuk nasi bercerai selepas empat hari
Lelaki kahwini periuk nasi bercerai selepas empat hari
JAKARTA – Seorang lelaki yang tular baru-baru ini kerana tindakannya yang mengahwini sebuah periuk nasi akhirnya bercerai dengan ‘isterinya’ itu selepas empat hari, lapor laman Suara.com semalam.
Menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook, lelaki bernama Khoirul Anam itu berkata ikatan perkahwinan yang dibina itu ternyata tidak bertahan lama selepas dia memilih untuk menceraikan ‘isterinya’ itu.
Alasannya adalah kerana si ‘isteri’ itu hanya mampu memasak nasi dan tidak tahu memasak makanan lain.
Kisah tersebut yang turut dikongsi oleh laman Instagram @kl.foodie mendapat perhatian netizen yang kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.
“Apa lagi yang dia (Khoirul) harapkan boleh dimasak oleh sebuah periuk nasi?” soal seorang netizen.
“Saya tertanya-tanya bagaimana agaknya ya dia bertengkar dengan ‘isterinya’ itu sebelum memutuskan untuk bercerai,” kata seorang netizen lain.
Khoirul pada 20 September lalu membuat keputusan untuk berkahwin dengan sebuah periuk nasi dan memberitahu dia memilih perkakas itu kerana ia berwarna putih, senyap dan bijak memasak nasi. K Online
Lelaki kahwini periuk nasi bercerai selepas empat hari
Baca Artikel Menarik :
- Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib
- Projek kereta api laju HSR KL – Singapura Dibatal, “Renovation” Seri Perdana RM38.5juta Diluluskan
- Caprice Buat Laporan Polis ‘Mereka Rasa ‘Cable’ Kuat
- Ada pihak kurang senang isu guna helikopter
- Mimi Lana kena kecam buat lambang illuminati
- Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri
- HSR dah dibincang dengan Thailand pada 2016, Muhyiddin baru sedar
- “Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO]
- Antivaksin bebas masuk kedai tanpa perlu kad vaksinasi
- Resepi ikan dori percik merecik
- Rita Rudaini kecewa digugurkan job kerana SOP MKN
Layari Laman Facebook MYKMU