Ebit Lew, isteri sekali lagi dipanggil Bukit Aman
Siasatan kes gangguan seksual, Ebit Lew, isteri sekali lagi dipanggil Bukit Aman
Pendakwah Ebit Lew dan isterinya sekali lagi dipanggil polis untuk membantu siasatan membabitkan kes gangguan seksual.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengesahkan sudah memanggil pendakwah terbabit dan isterinya ke Bukit Aman semalam untuk membantu siasatan.
“Orang ramai dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan polis,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Siasatan terhadap Ebit, 37, dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.
Susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada 19 Ogos lalu, Ebit dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual dikaitkan dengannya.
Bagaimanapun, Ebit ketika ditemui media selepas memberi keterangan mendakwa dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya. FMT
Ebit Lew, isteri sekali lagi dipanggil Bukit Aman
Baca Artikel Menarik :
- Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib
- Projek kereta api laju HSR KL – Singapura Dibatal, “Renovation” Seri Perdana RM38.5juta Diluluskan
- Caprice Buat Laporan Polis ‘Mereka Rasa ‘Cable’ Kuat
- Ada pihak kurang senang isu guna helikopter
- Mimi Lana kena kecam buat lambang illuminati
- Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri
- HSR dah dibincang dengan Thailand pada 2016, Muhyiddin baru sedar
- “Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO]
- Antivaksin bebas masuk kedai tanpa perlu kad vaksinasi
- Resepi ikan dori percik merecik
- Rita Rudaini kecewa digugurkan job kerana SOP MKN
Layari Laman Facebook MYKMU