Iktiraf 700,000 rakyat terbabit e-hailing, p-hailing sebagai pekerja – Pemuda Umno

Iktiraf 700,000 rakyat terbabit e-hailing, p-hailing sebagai pekerja – Pemuda Umno

Pemuda Umno mahu kerajaan mengiktiraf golongan terbabit dalam industri e-hailing dan p-hailing sebagai pekerja serta layak dilindungi Akta Kerja 1955, termasuk akta lain berkaitan.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dalam pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini turut mengetengahkan cadangan kerajaan akan mewujudkan ekosistem yang menyokong perkembangan ekonomi gig, sebagai sebahagian daripada rancangan lima tahun kerajaan.



Dalam hantaran di Facebook, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pengumuman Perdana Menteri itu amat dinantikan 700,000 generasi muda yang terbabit dalam aktiviti e-hailing dan p-hailing.

Beliau berkata, di peringkat Pemuda Umno, sayap berkenaan sudah menubuhkan jawatankuasa kerja yang turut dianggotai Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan 50 wakil kesatuan e-hailing serta p-hailing bagi memperjuangkan lima isu pokok.

Katanya, antaranya membabitkan cadangan kerajaan mewujudkan sebuah badan kawal selia mengkaji keperluan peraturan lebih adil dan realistik untuk penyedia perkhidmatan dan penghantar.

Selain itu, jawatankuasa itu mahu bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan kaedah terbaik bagi penyedia perkhidmatan menyediakan perlindungan sosial seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk pekerja penghantar di Malaysia.



Katanya, ia termasuk mencadangkan kepada kerajaan memberi dan menyediakan bantuan khas kepada penghantar dalam Bajet 2022.

Cadangan lain, merangkumi desakan terhadap penyedia perkhidmatan untuk memberi jaminan pekerjaan kepada penghantar dengan menangguhkan sebarang penggantungan dan penamatan khidmat penghantar dalam tempoh pandemik ini. FMT

Iktiraf 700,000 rakyat terbabit e-hailing, p-hailing sebagai pekerja – Pemuda Umno


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker