Terberanak ketika buang air besar, bayi maut

Terberanak ketika buang air besar, bayi maut

Bayi baru lahir maut jatuh dalam mangkuk tandas

Bayi yang baru dilahirkan maut terjatuh ke dalam mangkuk tandas selepas ibunya yang mengandung tujuh bulan secara tidak sengaja melahirkannya ketika hendak membuang air besar dalam kejadian di Sekinchan hari ini.



Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 4.03 petang.

“Sembilan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan dikejarkan ke lokasi.

“Bayi itu dilahirkan tanpa sengaja oleh ibunya yang berusia 37 tahun semasa hendak membuang air besar,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, bayi malang itu berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat dengan memecahkan mangkuk tandas itu.



Katanya, bagaimanapun bayi berkenaan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

Difahamkan, ibu mangsa yang kini dirawat di Hospital Tanjung Karang dilaporkan stabil. FMT

Terberanak ketika buang air besar, bayi maut


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker