RMK12: Perdagangan antarabangsa diperkukuh

Sebaran :

RMK12: Perdagangan antarabangsa diperkukuh

Perdagangan antarabangsa akan diperkukuh dengan mengenal pasti pasaran dan produk baharu, menambah baik kecekapan fasilitasi perdagangan dan meningkatkan daya saing industri eksport utama dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerjasama perdagangan akan digalak melalui ratifikasi perjanjian perdagangan bebas (FTA) baharu seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

“Kerajaan mahu melihat sektor swasta kembali berperanan lebih besar bagi membantu negara memacu pertumbuhan ekonomi.

“Sehubungan itu, saya memberi jaminan kerajaan akan mengurangkan kerenah birokrasi, menyediakan infrastruktur yang berkualiti dan berdaya harap, memperkukuh ekosistem bagi menyokong pelaburan swasta dan membangunkan tenaga kerja mahir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan RMKe-12 di Parlimen, hari ini.

Ismail Sabri berkata, Dasar Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) akan dijadikan kerangka utama bagi menarik pelaburan berkualiti, dan meletakkan Malaysia sebagai hab pelaburan di rantau ini.

Beliau berkata, insentif sedia ada akan disemak semula untuk memberi fokus kepada pelaburan yang berasaskan teknologi termaju dan memenuhi aspek kelestarian alam sekitar.

“Ini akan dapat menyokong hasrat negara untuk mempercepat peralihan kepada industri berteraskan pembuatan termaju tanpa menjejaskan alam sekitar.

Mengenai pemerkasaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), Perdana Menteri berkata, kerajaan komited untuk terus membantu dan menyokong pemulihan PMKS memandangkan sebahagian besar PMKS masih kurang berdaya saing dan perlu diperkasa semula setelah terjejas akibat pandemik.

Pada masa sama, tegasnya, PMKS digalak meneruskan agenda tranformasi digital bagi memacu pertumbuhan dalam norma baharu pasca pandemik.

Katanya, PMKS adalah tulang belakang kepada ekonomi negara dan pada akhir 2020, bilangan PMKS dianggarkan hampir 1.2 juta, bersamaan dengan 97.2 peratus daripada jumlah keseluruhan perusahaan.

RMK12: Perdagangan antarabangsa diperkukuh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


China bertindak ‘buli’ Malaysia selepas TUDM buat latihan dengan AS


Sebaran :

Leave a Reply