Kerjasama Umno hanya dengan pihak yang ikhlas, tak ceroboh sempadan – Razlan
Kerjasama Umno hanya dengan pihak yang ikhlas, tak ceroboh sempadan – Razlan
Apa sahaja formula untuk memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) termasuk melalui kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) yang disertai Bersatu, perlu bersandarkan kepada keikhlasan dalam berkawan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Razlan Rafii bagaimanapun berkata, sempadan keikhlasan dalam berkawan itu sebelum ini banyak dicerobohi Bersatu ketika Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.
“Umum tahu kekuatan Bersatu adalah semasa dengan Pakatan Harapan(PH), banyak kerusi yang mereka menang datang dari sokongan DAP dan PKR, dan parti serpihan PAS (Amanah).
“Umno (pula) mempunyai akar umbi yang ramai dan struktur tersusun. Apa sahaja formula untuk menuju kemenangan akan datang, ia mestilah hadir dengan keikhlasan berkawan, mesti menghormati rakan.
“Barisan Nasional dari dulu mempunyai parti komponen, malah ada 11 parti di dalamnya, (tetapi) Umno tak pernah kacau pentadbiran parti komponen, (bagaimanapun) ia cukup berbeza apabila bekerjasama dengan Bersatu,” katanya kepada FMT.
Razlan mengulas kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan bahawa PN tidak akan terkesan, jika berlaku pertembungan banyak penjuru pada PRU15.
Wan Saiful dilaporkan berkata, masih tidak jelas sama ada Umno akan bersama PN dalam PRU15.
“Bagi saya, kita teruskan agenda perpaduan politik Melayu Islam demi kemakmuran rakyat semua kaum serta agama. Akhirnya, biar rakyat yang buat penilaian,” katanya.
Mengulas lanjut Razlan berkata, Umno kini mentadbir negara bersama Bersatu sertai parti lain dan kerjasama itu harus dihormati dan dijaga sesama parti dalam kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.
Ditanya jika masih ada ruang bagi Umno dan Bersatu bekerjasama dalam PRU15, Razlan berkata, perkara itu perlu diserahkan kepada perwakilan untuk menentukannya memandangkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) telah memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan parti pimpinan Muhyiddin yang menerima wakil rakyat Umno berpaling tadah.
“Ada banyak hati terguris apabila melihat Ahli Parlimen yang mereka bantu, bersengkang mata, bergaduh, korbankan masa, tenaga malah masa depan hanya untuk melihat seorang Ahli Parlimen menang, tiba-tiba lompat, ini bukan mudah untuk diperbaiki,” katanya.
Seorang lagi ahli MKT Umno, Ahmad Shabery Cheek berpandangan, bagi mengelak pertembungan kerusi dalam PRU15, Bersatu perlu kembali menyertai Umno.
“Kalau boleh ada fikiran baharu dalam hubungan dengan parti-parti politik Melayu. Misalnya, Bersatu menyertai Umno dan menjadi satu parti yang besar. Sebarang perbezaan diuruskan secara dalaman.
“Lagipun, Bersatu tidak menunjukkan sebarang perbezaan ideologi besar dengan Umno. Tak perlu lagi bersaing sama ada di dalam atau di luar kerajaan,” katanya.
Ketika ini, PN dibentuk dengan gabungan beberapa parti membabitkan Bersatu, PAS, Gerakan, Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).
FMT
Kerjasama Umno hanya dengan pihak yang ikhlas, tak ceroboh sempadan – Razlan
Baca Artikel Menarik :
- Pulau Pinang masih milik Kedah
- Abang sumpah laknat, dakwa adik mangsa gangguan seksual pendakwah terkenal
- Bomoh Dari Singapura, Kaut Untung RM216,000 Sebulan Dengan Hanya Membaca Mantera
- Ramai Yang ‘U-Turn’ Minta Maaf Pada Caprice
- Penyampai Radio Dicekup Untuk Bantu Siasatan
- Ditahan Berbaju Ketat Dan Berseluar Pendek
- Pandai suruh orang rehat, patut pemimpin PH yang dah kena dakwa cuti dulu
- Mimi Lana kena kecam hebat dengan netizen
- Hang yang mai cuit aku, pastu hang nak salahkan aku plak – Rita
- Telaga neraka, penjara jin ditemui di Yemen (Video)
- Resepi Udang Galah Masak Lemak
Layari Laman Facebook MYKMU