Kereta dinaiki pelawak terbabit kemalangan dengan penghantar makanan

Kereta dinaiki pelawak terbabit kemalangan dengan penghantar makanan

JOHOR BAHRU: Kereta dinaiki seorang pelawak lelaki kontroversi terbabit dalam kemalangan dengan motosikal penghantar makanan di Jalan Perniagaan Setia Utama, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata bagaimanapun dalam kejadian jam 12.43 tengah malam itu, pelawak dan pemandu wanita berusia 33 tahun yang memandu kereta jenis Hyundai Elantra tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta terbabit membelok ke simpang sebelah kanan jalan, sebelum dirempuh motosikal jenis Yamaha Y15 yang datang dari laluan bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, penghantar makanan berkenaan mengalami luka di bahagian muka dan dia menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Siasatan juga mendapati, pemandu kereta terbabit dipercayai memandu secara cuai ketika hendak membelok masuk ke simpang berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Raub berkata, polis sudah mengeluarkan saman ke atas pemandu kereta terbabit di bawah Rule 3(2)(B) LNN166/59. BH

Kereta dinaiki pelawak terbabit kemalangan dengan penghantar makanan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tembakan rambang di pasar raya, 2 maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker