Resepi Spaghetti Bolognese Ayam Cendawan Cheese

Resepi Spaghetti Bolognese Ayam Cendawan Cheese

Spaghetti merupakan makanan yang berasal daripada Itali. Pelbagai jenis Spaghetti yang ada sekarang ini sebenarnya. Antaranya ialah Spaghetti Bolognese, Spaghetti Carbonara, Spaghetti Aglio Olio dan banyak lagi. Ada sesetengah orang kurang menggemari Spaghetti Bolognese kerana rasanya yang sedikit masam.

Namun ada juga yang teramat suka dengan Spaghetti Bolognese. Bagi anda yang menyukainya, mungkin boleh cuba resepi Spaghetti Bolognese Ayam Cendawan Cheese ini. Apa lagi jom cuba….

BAHAN-BAHAN:

1 paket spaghetti
Sos prego (mushroom)
2 kiub ayam
1 sudu stok ayam | tak nak letak pun tak apa
Bawang besar
Bawang putih
Cendawan butang
Isi ayam
Cheddar cheese slice
Oregano herbs

CARA PENYEDIAAN:

Tumis bawang sehingga naik bau.
Bubuh isi ayam.
Masukkan pula cendawan kisar.
Kemudian masukkan sos prego.
Kacau sebati dan masukkan kiub ayam.
Tambahkan sedikit air dan herba oregano.
Angkat sos dan masukkan spaghetti yang sudah direbus tadi macam ni.
Curahkan sos tadi dan letakkan cheddar cheese di atasnya.
Tutup seketika kuali dan bagi cheese tu mencair sikit.
Siap.

Wah nampak macam sedap kan? Jadi nak tengok sahaja ke Spaghetti Bolegnese Cendawan Ayam Cheese ini? Kalau rasa nak makan, jom kita buat sekarang. Memang berpuas hati punya!
SELAMAT MENCUBA!

Resepi oleh Fyza Shah

Resepi Spaghetti Bolognese Ayam Cendawan Cheese


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Banana Chocolate Cake Ala Kayangan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker