‘Janji Setia Hingga Hujung Nyawa’ Buat Pasangan Suami Isteri Mohon Bantuan Orang Ramai
‘Janji Setia Hingga Hujung Nyawa’ Buat Pasangan Suami Isteri Mohon Bantuan Orang Ramai
KULAI – Kemanisan dan kebahagian sepasang suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga sejak 12 tahun lalu bagaikan diragut apabila ketua keluarga mereka diuji masalah kesihatan.
Tanggal 11 Julai lalu menjadi satu memori yang tidak dapat dilupakan Nurain Rozman, 28, apabila suaminya, Sabri Mohamed Khairi, 36, disahkan menghidap strok.
Menurut Nurain yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak, suaminya mula jatuh sakit ketika dia mahu mandi waktu tengah hari untuk solat zuhur.
“Ketika kejadian, saya baru tiga bulan melahirkan anak keempat kami yang lahir pada Mei lalu. Masa itu suami nak mandi, dia keluar dari bilik air tiba-tiba tak boleh bercakap.
“Dia minta nak minum air tetapi menggunakan isyarat tangan, mulut sudah tidak dapat keluar kata-kata sebelum rebah dan pengsan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Panik dengan apa yang berlaku ke atas suami, Nurain dengan bantuan jiran dan ibunya membawa Sabri ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.
NURAIN bersama suami dan anak-anak
Menurut ibu empat cahaya mata itu, doktor menasihatkan agar suaminya dibedah dengan kadar segera selepas didapati berlaku pendarahan di dalam kepalanya.
“Sebelum masuk dewan bedah, suami sudah kritikal dan saya bisik di telinganya, biar apa pun terjadi, saya akan tetap bersama sayang (suami) sampai hujung nyawa,” katanya.
Nurain berkata, selepas selesai dibedah, suaminya koma selama lima hari sebelum hari keenam doktor memohon kebenaran untuk menebuk leher bagi memasang alat bantuan pernafasan serta tiub untuk susu.
“Sebelum ini suami kerja sebagai operator sebuah kilang sebelum memilih untuk berhenti kerja selepas sering mengambil cuti sakit sebab sakit kepala dan masa itu juga saya turut kerja operator, tetapi Rabu lalu tarikh akhir saya bekerja,” katanya.
Katanya, kini dia buntu memikir nasib keluarganya pada masa akan datang terutamanya melibatkan kewangan apabila kos untuk menguruskan suaminya sahaja sudah mencecah RM2,000 tanpa mengambil kira makan minum anak-anak.-K’Online
Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga Nurain boleh menghubunginya di talian 014-2271 536 atau melalui akaun Bank Simpanan Nasional 0110-7411-0003-1412.
‘Janji Setia Hingga Hujung Nyawa’ Buat Pasangan Suami Isteri Mohon Bantuan Orang Ramai
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- AED bantu atasi kematian mengejut
- Saman fitnah Anwar: Perbicaraan rayuan KJ perlu diteruskan
- Nik Abduh wakafkan diri untuk Muafakat Nasional
- Lisa Blackpink leburkan rekod PSY
- Golongan M40 terpinggir pakej bantuan kerajaan? – Asyraf Wajdi
- Penggunaan Ivermectin boleh sebabkan kemandulan lelaki
- Pasal makan pun boleh bertikam
- Azalina luah rasa kecewa mengenai MOU kerajaan-PH
- Resepi stew ekor lembu chewy
- Hilton diboikot, rancang bina hotel atas tanah masjid Uighur dirobohkan
- Datuk Ken dan isteri mengaku tak salah jadikan rumah ‘port’ judi
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.