MoU tak bermaksud PH sertai kerajaan – Loke

MoU tak bermaksud PH sertai kerajaan – Loke

Pakatan Harapan (PH) akan terus memastikan kerajaan bertanggungjawab walaupun kedua-dua blok itu akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) hari ini.

“Memorandum persefahaman ini tidak bermaksud bahawa Pakatan Harapan telah menyertai pihak kerajaan,” kata Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook.

“Ahli-ahli Parlimen PH tetap duduk di sebelah blok pembangkang dan terus memainkan peranan sebagai ‘check and balance’, terus memantau dan mengkritik sebarang kelemahan kerajaan serta tetap lantang bersuara untuk kepentingan rakyat,” kata bekas menteri pengangkutan itu di Facebook.

Dalam kenyataan bersama malam tadi, perwakilan kedua-dua pihak itu berkata mereka bersetuju untuk bekerjasama dalam semangat bipartisan untuk mengembalikan kestabilan politik sementara kerajaan menguruskan pandemik Covid-19 dan untuk membantu meningkatkan pemulihan ekonomi.

Jelas Loke, MoU itu akan memperincikan kerjasama PH dengan kerajaan untuk sebarang rang undang-undang (RUU) yang perlu dirunding dan dipersetujui secara dasarnya, seperti Belanjawan.

Sebagai balasan untuk persefahaman itu, katanya, kerajaan perlu melaksanakan pelbagai dasar yang membantu rakyat serta membawa pembaharuan dalam sistem pentadbiran negara dan juga memperkukuhkan institusi Parlimen.

Katanya, senarai penuh komitmen daripada kerajaan akan diumumkan selepas MoU ditandatangani pada 5 petang esok.

Memorandum itu akan ditandatangani oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Upko Wilfred Madius Tangau. FMT

MoU tak bermaksud PH sertai kerajaan – Loke


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker