Kit Siang dipanggil polis

Giliran Kit Siang pula dipanggil polis

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi dari DAP akan dirakam percakapannya berkenaan kes yang dikaitkan dengan perhimpunan di Dataran Merdeka, di sini, pada 2 Ogos lalu.

Shu Qi dalam satu kenyataan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengarahkan mereka hadir ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini, masing-masing pada pukul 1 petang (Kit Siang) dan Shu Qi dijadualkan hadir pukul 2.45 petang.

“Harap dimaklum bahawa saudara Lim Kit Siang dan dan Saya, Wong Shu Qi akan hadir sesi rakaman percakapan berkenaan kes perhimpunan di Dataran Merdeka esok,” katanya semalam.

Pada 2 Ogos lalu, ahli-ahli Parlimen pembangkang dari PKR, DAP, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Penaja Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkumpul di Dataran Merdeka setelah dihalang memasuki bangunan Parlimen untuk persidangan khas terakhir di Dewan Rakyat.

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat ketika itu ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.

Penangguhan itu juga dibuat pada hari terakhir Dewan Rakyat bersidang secara khas selain Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berdepan tekanan untuk membentang dan membahaskan status pembatalan Ordinan Darurat.

Shu Qi pada 6 September lalu menerima notis sama dari pihak polis atas dakwaan terlibat dalam perhimpunan pada tarikh berkenaan.

Bagaimanapun, beliau menafikan pelibatannya dalam sebarang bentuk perhimpunan kerana pada hari sama, Shu Qi berada di Parlimen untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Pada 10 Ogos lalu, beberapa ahli politik pembangkang hadir lebih awal memberi keterangan sama termasuk Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun.

Ahli politik lain termasuk Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai; Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun; Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen; Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Klang Charles Santiago; Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus; Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Ahli Parlimen Batu P Prabakaran.

Enam lagi individu iaitu Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh; Ahli Parlimen Alor Star, Chan Ming Kai; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin; Ahli Parlimen Merbuk, Nor Azrina Surip dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook hadir memberi keterangan di tempat sama. Utusan

Giliran Kit Siang pula dipanggil polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker