Biar sekolah, PPD putuskan bila perlu dibuka

Biar sekolah, PPD putuskan bila perlu dibuka, kata kumpulan ibu bapa

Putrajaya digesa oleh kumpulan ibu bapa untuk memindahkan kuasa membuka semula beberapa sekolah pada Oktober, dengan pegawai pendidikan daerah dan sekolah diberikan autonomi untuk membuat keputusan.

Presiden Kumpulan Bertindak Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE) Noor Azimah Abdul Rahim berkata, kumpulan itu sentiasa mencadangkan autonomi dan pemindahan kuasa, bukannya pendekatan “satu untuk semua”.

Bercakap kepada FMT beliau berkata, pejabat pendidikan daerah boleh diberi kuasa untuk memutuskan bila harus dibuka kembali sekolah kerana persekitaran yang hampir sama di seluruh daerah, malah lebih baik lagi membenarkan sekolah masing-masing memutuskan bila perlu dibuka.

Beliau mencadangkan agar sekolah tanpa pelajar Tingkatan 6 boleh membenarkan murid Tingkatan 4 dan 5 untuk kembali, sementara sekolah yang kakitangan dan gurunya telah diberi vaksin sepenuhnya harus segera dibuka.

“Melihat kepada fakta bahawa kita (Malaysia) memiliki tempoh penutupan sekolah paling lama di dunia dan seterusnya kehilangan pembelajaran, kita seharusnya berusaha untuk membuka kembali sekolah secepat mungkin.

“Sekolah yang yakin untuk dibuka semula harus dibenarkan melakukannya daripada menunggu giliran. Sekolah lebih mengetahui keadaan setempat, pelajar, dan ibu bapa mereka dengan lebih baik.

“Anggapan ‘berbahaya’ oleh Kementerian Pendidikan adalah bahawa pembelajaran dalam talian telah berjaya dan setiap pelajar mempunyai capaian,” katanya.

Noor Azimah juga berkata, ibu bapa tidak boleh memandang rendah “naluri keibubapaan” mereka sekiranya mereka merasa bahawa tidak selamat untuk membiarkan anak-anak mereka kembali ke sekolah.

Beliau menyambut baik keputusan kementerian untuk tidak menghukum anak-anak yang tidak hadir ketika sekolah dibuka semula.

“Beri ibu bapa pilihan untuk memilih tetapi jangan menghukum jika mereka tidak mahu. Sebilangan pembelajaran masih boleh dilakukan di rumah sekiranya ibu bapa tekun melaksanakannya,” katanya.

Fikir semula, pegawai Sarawak digesa

Presiden Kesatuan Guru Sarawak Adam Prakash Abdullah berkata, Kementerian Pendidikan dan pegawai pengurusan bencana Sarawak harus menilai semula situasi di negeri berkenaan.

Semalam, rekod tertinggi 5,291 kes baharu Covid-19 dicatatkan di Sarawak dan beliau berkata kesatuan lebih meletakkan keutamaan sekolah di Sarawak terus ditutup bagi keselamatan murid serta pelajar.

“Kita bukan menentang usaha membuka kembali sekolah, tetapi tidak mahu terbabit dalam memaksa pelajar dan guru kembali kes sekolah pada masa situasi masih belum selamat,” katanya.

Semalam, Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata sekolah akan kekal ditutup di negeri yang berada pada Fasa 1 dan kebanyakan di Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara.

Bagi sekolah di Fasa 3 dan 4 akan dibuka secara berperingkat, di mana kelas akan diasingkan kepada separuh dengan setiap kumpulan yang akan hadir ke sekolah akan melalui penggiliran bagi membolehkan kapasiti di bilik darjah kekal kepada 50%.

NUTP memberitahu guru berada dalam keadaan tertekan

Beberapa pengecualian telah dibuat untuk sekolah di negeri Fasa 2. Pelajar yang menghadapi peperiksaan dan juga murid sekolah berkeperluan khas akan dapat mengikuti kelas persediaan tanpa giliran di semua negeri.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Wang Heng Suan berkata mereka telah mengemukakan empat perkara dengan menteri pada pertemuan baru-baru ini, termasuk perlunya mendorong kira-kira 2,500 guru diberi vaksin.

Beliau berkata, mereka juga telah menyuarakan mengenai perlunya panduan untuk guru dan pelajar yang tidak ingin diberi vaksin ketika sekolah dibuka semula, dan sekolah dibenarkan menguruskan penutupan sendiri pada akhir penggal persekolahan pada bulan Januari atau Februari.

Katanya, isu lain yang dibangkitkan adalah tekanan yang dihadapi oleh guru semasa menjalankan pelajaran dalam talian. FMT

Biar sekolah, PPD putuskan bila perlu dibuka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker