Resepi Daging Masak Hitam Power

Resepi Daging Masak Hitam Power

Anda tiada idea nak masak apa hari ini? Anda baru dalam dunia masakan? Jangan risau jangan gusar, kali ini kami bawakan resepi daging masak hitam khas buat anda semua!

Resepi Daging Masak Hitam merupakan resepi yang tidak asing lagi dengan kita. Ianya juga mudah untuk disediakan dan mempunyai bahan yang mudah untuk dicari.

Resepi ini dikongsikan oleh Burger Meleleh BP dan mendapat sebanyak 34k perkongsian di media sosial! Jom kita lihat!

Bahan – bahan

Daging
*Direbus dan dipotong nipis

Bahan Kisar

Bawang besar
Bawang putih
Halia 1 inci
Cili kering
Lengkuas 2 inci
serai 2 btg

Bahan Sangai (dikisar kering)

2 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih

Bahan Masakan

Gula
Garam sedikit
Gula merah
Kicap manis lebih
Sos cili
Sos tiram
3 sekawan ( cengkih,kayu manis,bunga lawang)
Serbuk kurma (4 sudu besar)

Cara memasak:

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan bahan yang kisar halus (yang disangai) tumis hingga pecah minyak.
Masukkan 3 sekawan, sos cili, sos tiram, gula pasir dan gula merah.
Masukkan garam sedikit, masukkan serbuk kurma.
Masukkan daging dan air lebih sedikit, biarkan ianya empuk.
Masukkan kicap manis dan masak sehingga kering. Siap!

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Resepi Daging Masak Hitam Power


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker