Tragedi pilu di utara: Angkara apa?
Tragedi pilu di utara: Angkara apa?
NEGARA digemparkan dengan situasi bencana alam yang teruk di Kedah. Banjir lumpur yang memusnahkan kediaman mahupun harta penduduk, sangat menyayat hati berikutan inilah kali pertama tragedi sedemikian berlaku di kawasan itu.
Bencana banjir kilat yang melanda beberapa buah kampung di daerah Yan, Kedah dipercayai kesan daripada fenomena kepala air yang bermula di Gunung Jerai. Sebagaimana dilaporkan media, lebih 14 kampung di kaki Gunung Jerai serta beberapa taman perumahan di sekitar bandar Yan, Gurun juga Merbok dilanda banjir kilat.
Antara kawasan terjejas ialah Kampung Perigi, Kampung Teroi Bukit, Kampung Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi. Tragedi itu terjadi berikutan hujan lebat dan fenomena kepala air yang berlaku sekitar jam 3.00 petang hari Rabu.
Kejadian itu terjadi dengan pantas dan tidak dijangka, menurut Pengerusi Persatuan Rekreasi Luar Daerah Yan (Rekey), Mohammad Firdaus Mohmad, 36, yang tinggal di kawasan itu, dan ini adalah kali pertama berlaku. “Sejak tinggal di kawasan berkenaan pada 20 tahun lalu, ini merupakan kali pertama saya melihat fenomena kepala air seteruk itu,” kata pemilik Neo Era Chalet, Abdul Nasir Md Daud dengan menambah, tidak menyangka akan berlaku kejadian kepala air sehingga meragut nyawa itu.
Tentunya lebih menakutkan apabila sungai yang kecil keluasannya melebar serta menjadi lebih deras berbanding sebelumnya. “Seumur hidup, saya tidak pernah berdepan kejadian bencana alam seburuk itu,” kata penduduk Kampung Seberang Yan, Yahya Basiron. Selain itu, sedarkah kita dengan ayat Allah yang diperkatakan dalam Surah Ar-Rum ayat 41 yang maksudnya: “Telah terjadi kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”.
Ayat itu turut menyatakan, segala kerosakan yang berlaku di darat mahupun di lautan adalah berpunca daripada perbuatan manusia itu sendiri. Tidak dapat tidak, tentu ada sesuatu yang mengakibatkan tragedi ini berlaku. Sedarkah kita?
Fenomena biasa?
Tragedi kepala air di kawasan air terjun berhampiran Gunung Jerai yang berlaku petang semalam umpama ‘tsunami kecil’ ekoran keadaannya yang berombak kuat sehingga mengakibatkan pokok serta jambatan runtuh dengan sekelip mata.
“Apabila melihat keadaan air deras luar biasa di sungai berhampiran rumah semasa kejadian, kepala air dari puncak Gunung Jerai ‘mengganas’ sehingga mengakibatkan banjir besar di kawasan sekitarnya,” kata seorang penduduk, Salwa Md Isa.
Dalam pada itu, menurut Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Khamarrul Azahari Razak berkata, antara langkah awal yang boleh dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya kejadian sama termasuk memetakan sesuatu kawasan berisiko dan mengambil tindakan mitigasi secara berstruktur atau sebaliknya. “Apa yang penting adalah kita mengetahui risiko awal, adakah kawasan seumpamanya, seperti di kawasan air terjun dan kawasan peranginan yang berisiko.
Tidak terkecuali jelasnya, kawasan ini perlu dipetakan nilai risikonya untuk mengambil tindakan mitigasi berstruktur atau sebaliknya, komuniti setempat juga perlu dimaklumkan awal dan satu sistem amaran awal seperti siren perlu disediakan bagi membolehkan penduduk setempat untuk berpindah dari kawasan tersebut. “Antara faktor utama ia berlaku ialah apabila empangan sementara mengalami tekanan tinggi sehingga menyebabkannya pecah”.
Menurutnya, fenomena kepala air yang dikaitkan dengan hujan lebat bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. “Ia berpunca daripada kadar air sungai meningkat secara mendadak dan banjir kilat di kawasan penempatan terutama di kawasan tinggi, sehingga menyebabkan kemusnahan harta benda.” Beliau mengulas, kejadian ini boleh berlaku di kawasan peranginan, kawasan hutan simpan dan kawasan cerun tinggi seperti air terjun dan sebagainya. Pada masa sama, komuniti setempat di kawasan bersiko dan pengunjung perlu menyedari tahap risiko semasa sebelum bencana yang sama berulang.
Tangani dengan sebaiknya
Sedarkah kita, jika sistem alam ini dicerobohi dengan sesukanya, maka akan muncullah bencana alam yang menjejaskan ketetapan sunnatullah terhadap kehidupan alam ini. Begitu juga ketika sumber dan ekosistem alam dimanfaatkan dalam kehidupan, tidak diragut, tentu akan banyak mendatangkan manfaat kepada manusia, bahkan hidupan lainnya.
Bukit bukau, gunung ganang dan hutan ada yang digondolkan demi mengaut keuntungan. Sisa kimia pula dibuang ke dalam lautan dan sungai hingga mengakibatkan hidupan air terancam mati. Begitulah yang berlaku semalam, segalanya terjadi sangat cepat dan tidak disangka.
Justeru, pihak kerajaan seluruh negeri perlulah mengambil tindakan atau inisiatif yang sewajarnya agar tragedi sebegini tidak berulang lagi. Dalam situasi negara yang belum reda mendepani pandemik Covid-19 dan kepimpinan negara yang pincang, seharusnya kerajaan negeri bersikap lebih bijak dan rasional.
Tidak terkecuali, pihak yang berwajib perlulah menjalankan siasatan terperinci lagi teliti agar segala permasalahan yang berlaku ini diketahui puncanya segera dan tindakan yang sewajarnya perlu dikenakan ke atas pihak yang menyebabkan bencana itu terjadi. Hakikatnya, sifat tamak dan rakus yang menguasai manusia mampu mengaburi pandangan mata tanpa memikirkan kesannya di kemudian hari.
Justeru, merujuk kepada al-Quran, kemusnahan alam sekitar ini sebenarnya mampu ditangani dengan sebaiknya jika setiap pemimpin, rakyat, masyarakat dan kita semua melaksanakan amanah serta tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini, sebagaimana yang Allah dan Rasul-Nya perintahkan. Begitu juga sekadar ingatan mesra, sebagai pemimpin sebuah negara atau negeri, wajiblah berusaha menjaga tutur kata, apa lagi hingga menyebabkan banyak hati manusia tercalar apabila mendengarnya. Perkara yang tidak boleh dibawa bergurau, jangan sekali-kali diguraukan walaupun merasakan diri seorang lelucon yang menghiburkan, agar segala itu tidak membinasakan negeri yang dipimpinnya.
Bersamalah kita fikir dan muhasabahkan.
Atriza Umar
Pegawai Penyiaran dan KomunikasiPertubuhan IKRAM Malaysia
Tragedi pilu di utara: Angkara apa?
Baca Artikel Menarik :
- Enakmen Lompat Parti Perlu Dilaksanakan – Tok Mat
- Buka sekolah tahun depan saja, sekarang tumpu vaksin pelajar – PIBGN
- Muhyiddin sudah diberi peluang selama 17 bulan
- Amirudin perlu letak jawatan, cemari nama baik Sultan
- Setiap penyakit ada ubatnya
- Umno dibelenggu bayangan #KerajaanGagal
- Anak gadis Fiza Halim cantik, curi tumpuan
- Minah kilang sekarang tauke Leedee
- 1BestariNet, siasat segera demi kepentingan umum
- Muhyiddin ‘sangat marah’, desak peletakan jawatan saya kerana kontrak YTL, kata Maszlee
- Resepi Roti Chicken Floss Lembut Gebu
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.