Clare Brown tuduh Najib penjarakan Xavier Justo? Tapi kerajaan Thailand yang penjarakan Justo
Oleh Nurul Aisyah
INDIVIDU bernama Datuk Seri Najib Razak diduga dengan fitnah yang sangat melampau beberapa tahun yang lalu. Kini beliau dalam fasa menjawab dan membersihkan nama baik beliau. Berkat kesabaran dan istiqamah yang tinggi, satu persatu jalan Allah s.w.t tunjukkan kebenaran yang sudah tentu memihak terhadap insan yang sangat istimewa dan baik hati ini.
Memetik hantaran di “Facebook” beliau pagi ini,
Nampaknya Sarawak Report dan Clare Brown masih sangat sakit hati dengan saya.
Dia tuduh bahawa saya yang penjarakan Xavier Justo tanpa sebab di Thailand biarpun saya tidak pernah jadi PM Thailand.
Tidak. Clare Brown dah lupa bahawa Xavier dipenjarakan di Thailand sebab dia curi dari boss dia untuk peras ugut boss dia di Thailand.
Ini ceritanya.
Xavier Justo ini warga Switzerland.
Dia pernah diambil oleh kawannya untuk bekerja sebagai seorang pengarah di syarikat PetroSaudi yang pernah ada usaha sama dengan 1MDB dari tahun 2009 hingga 2011.
Syarikat PetroSaudi dimilik oleh putera Turki bin Abdullah Al Saud iaitu putera ke-7 kepada Almarhum Raja Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al Saud.
Namun, Justo telah dipecat oleh kawannya dari syarikat PetroSaudi atas sebab-sebab peribadi.
Justo tak puas hati kerana dipecat. Semasa dia dipecat, dia curi seluruh database email syarikat PetroSaudi.
Lalu seorang warga United Kingdom bernama Kamal Sidiqqi berhubung dengan Xavier Justo supaya Justo boleh jual data PetroSaudi yang dicurinya kepada Clare Brown dari Sarawak Report.
Kamal Sidiqqi adalah kawan rapat Mahathir dari dulu lagi. Malah lif rumah Tun Mahathir dipasang Kamal.
https://www.malaymail.com/…/09/who-is-kamal-siddiqi/966599
Kadang-kadang terlintas difikiran penulis, bala yang Allah s.w.t turunkan pada manusia pada ketika ini lantaran sikap jahat manusia itu sendiri yang menganiaya insan-insan yang tidak bersalah. Sesungguhnya doa insan teraniaya dimakbulkan tanpa hijab. Apatah lagi sumpah laknat yang dilafazkan.
Dalam Surah an-Nisaa’, ayat 148 yang bermaksud:
“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang), kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Ingatlah, doa orang yang teraniaya termasuk dalam golongan doa yang pasti dikabulkan Allah. Maka, apa saja doa yang mereka panjatkan sama ada bermaksud baik atau sebaliknya akan dimakbulkan.