Potong zakar rakan baik kerana cemburu saiz lebih besar

Potong zakar rakan baik kerana cemburu saiz lebih besar. Seorang lelaki dari Barshkortostan, Rusia bertindak di luar batasan apabila memotong zakar rakannya dengan alasan cemburu kerana saiz alat sulit lelaki itu lebih besar berbanding dirinya, lapor akhbar Daily Star, semalam.

Kedua-dua lelaki yang merupakan sahabat baik dari kecil itu pada mulanya dilaporkan sedang mabuk apabila membuat pertandingan saiz zakar.

Keadaan bertukar ganas apabila suspek berusia 47 tahun itu berasa tidak puas hati dengan saiz zakar rakannya yang berumur 52 tahun yang dilaporkan lebih besar.

Tanpa berfikir panjang, suspek mengambil sebilah kapak dan memotong zakar mangsa.

“Selepas berbalah, suspek bertindak di luar kawalan lalu mengambil kapak dan memukul kepala mangsa sebelum memotong alat sulitnya,” demikian menurut jurucakap polis.

Suspek kemudiannya ditahan pihak polis sejurus selepas kejadian itu dilaporkan oleh jiran yang menyaksikan insiden berkenaan.

Dia didakwa melakukan kecederaan parah ke atas rakannya dan berdepan hukuman penjara sehingga lapan tahun jika disabit kesalahan. – Agensi

Potong zakar rakan baik kerana cemburu saiz lebih besar


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Patin Muncung Pupus Disebabkan El Nino

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker