Polis kesan pelanggaran SOP ketika Movak di PPV Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi
Kehadiran luar jangka orang ramai ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi di sini, menyebabkan berlaku kesesakan sehingga ada yang dikesan mengabaikan penjarakan fizikal.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, insiden itu berlaku semasa Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movak) membabitkan golongan penjaja.
Noorzainy berkata sebaik mendapat aduan, beliau telah mengarahkan anggota dari Balai Polis Butterworth bersama polis bantuan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengawal kesesakan berkenaan.
“Tindakan telah diambil oleh anggota bertugas dan kita sudah memberi arahan supaya penjaja beratur dengan mengamalkan penjarakan fizikal dan patuh pada SOP yang ditetapkan.
“Difahamkan program ini akan berlangsung sehingga esok dan kita menasihati penjaja yang terlibat dapat merancang kehadiran terlebih dahulu supaya dapat mengelak kesesakan.
“Kita harap mereka boleh mematuhi arahan yang dikeluarkan petugas-petugas di PPV dan kita tidak mahu kejadian seumpama ini berulang,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.
Terdahulu tular di media sosial kesesakan yang berlaku di PPV berkenaan apabila terdapat ramai penjaja beratur untuk mendapat suntikan vaksin dalam program berkenaan.
Dalam pada itu, Noorzainy berkata, polis menasihati orang awam supaya tidak lagi menularkan kejadian yang boleh menimbulkan kegusaran dan kebimbangan masyarakat setempat.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Pemuda jadi ‘hero’ selamatkan wanita dikasari teman lelaki
- TMJ tells Syed Saddiq to jump off KLCC without a parachute
- Ziyad Juara Sebenar, Jangan Berputus Asa, Pingat Emas Dirampas – Azizulhasni
- Azalina Mahu Hantar Notis RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021
- Mayat dipercayai anggota tentera ditemui penduduk kampung
- Suami mengamuk isteri muda diganggu kekasih lama
- Aaron Aziz jatuh hati tengok jam tangan ‘camo’ PM
- Resepi Ayam Goreng Berlada Sedap
- Hadiri kenduri, sekampung dijangkiti COVID-19 di Sabah
- Sime Darby Pasang PORSCHE – Jadi Kilang Pertama Di Luar Eropah
- Serangga disangka daun, kelibat Phyllium Giganteum undang 1 juta tontonan (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.