Najib Tidak Terlibat Dalam Kegiatan Menyalahi Undang-undang

Oleh Nurul Aisyah

ALHAMDULILLAH syukur. Akhirnya mahkamah memutuskan bahawa Datuk Seri Najib tidak terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang. Sebelum ini SPRM membuat permohonan pelucutan hak dibuat bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas di dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness” mendedahkan wujud campurtangan Mahathir dalam pendakwaan terpilih. Mungkinkah Mahathir turut terlibat dalam tindak tanduk SPRM? Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu adalah Latheefa Koya.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kerajaan tidak boleh melucut hak wang yang disalurkan kepada parti politik dan entiti perniagaan kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan sama ada bekas perdana menteri Najib Razak terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Hakim Hadhariah Syed Ismail berkata, pegawai penyiasat dalam kes salah guna kuasa bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya mendedahkan pergerakan wang yang dipindahkan dari akaun Najib dan entiti lain.

“Ini tidak cukup untuk membuktikan kegiatan menyalahi undang-undang dari mana hasilnya didakwa diperoleh,” katanya dalam penghakiman lisan yang membenarkan rayuan oleh Badan Perhubungan Umno Pahang.

Badan Umno negeri itu menerima RM2.5 juta daripada Najib antara 2012 dan 2013.

Panel hakim, yang juga dianggotai Abdul Karim Abdul Jalil dan Abu Bakar Jais, turut menolak rayuan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang yang diberikan atau dibayar kepada Habib Jewels (RM100,000), Umno Kedah (RM1.05 juta), ibu pejabat Umno (RM192.6 juta), Wanita MCA (RM300,000), Binsabi Sdn Bhd (RM777,250), Perano Sdn Bhd (RM337,734) Hattatex Trading (RM111,590) dan K&Z Enterprise Sdn Bhd (RM138,359).

Mahkamah Tinggi pada akhir 2019 dan awal tahun lepas menolak permohonan pelucutan hak oleh SPRM yang dibuat bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker