Medan Selera Tingkat 4 KLCC Tutup, Apalah Nasib Warung Dan Restoran
Oleh Nurul Aisyah
MEDAN selera RASA Food Arena di Suria KLCC ditutup selepas 22 tahun beroperasi di menara ikonik itu. RASA Food Arena yang terletak di tingkat empat Suria KLCC membuat pengumuman menerusi satu makluman bercetak di pintu masuk medan selera berkenaan.
Memetik facebook Datuk Seri Najib, “Sekiranya food court tingkat 4 KLCC yang popular sejak 22 tahun lalu pun terpaksa henti operasi bermula hari ini, apakah nasib warung-warung dan restoran biasa?”
Ekonomi negara memang berada dalam keadaan tenat. Pandemik covid 19 turut menyumbang sebahagian kepada masalah ini. Namun perlu kita ingat bahawa negara-negara lain turut dilanda Covid 19 namun mereka mampu menjana ekonomi dengan membuat keputusan-keputusan yang betul pada masa yang tepat.
Hanya pemimpin yang berkalibar sahaja mampu berbuat demikian. Malang bagi Malaysia, ketika pandemik Covid 19 melanda, negara diperintah oleh kerajaan Pakatan harapan yang diketuai Mahathir sebelum diambil alih oleh kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin Muhyiddin.
Ketika dua kerajaan ini berkuasa, ekonomi negara rosak dengan sangat teruk apabila mereka membuat keputusan yang salah pada masa kritikal.
Kita perlu tahu bahawa ketika Datuk Seri Najib menjadi PM dari tahun 2009 hingga 2017, dimana beliau juga pengerusi Petronas dan Khazanah Nasional:-
1. Rizab tunai Petronas naik berkali ganda ke RM 174 bilion.
Rizab tunai Petronas naik kerana beliau menyelesaikan masalah perjanjian penjana elektrik bebas berat sebelah yang membebankan Petronas dengan subsidi gas ratusan bilion Ringgit sejak tahun 1997.
Rizab Petronas juga naik kerana dividen tahunan kerajaan BN dahulu tidak melampau tinggi.
Dividen tahun 2016 dan tahun 2017 hanya RM16 bilion setahun berbanding dividen RM106 bilion yang diambil PH dari tahun 2018 hingga 2020.2. Nilai aset bersih (selepas ditolak hutang) Khazanah juga naik RM 85 bilion dari RM 31 bilion (2008) ke RM 116 bilion (2017) – iaitu kenaikan 3 1/2 ganda.
Datuk Seri Najib telah selamatkan atau memperkayakan negara dengan menjana dan meninggalkan kekayaan ratusan bilion dalam Petronas dan Khazanah namun kerajaan PH sebaliknya mendakwa Najib telah memufliskan negara dengan hutang RM 32 bilion 1MDB yang hanya perlu dijelaskan sepenuhnya pada tahun 2039 – iaitu dalam jangkamas projek-projek 1MDB seperti Bandar Malaysia dan TRX menjana keuntungan berpuluh bilion Ringgit.
Apa yang kerajaan PH lakukan adalah menjarah wang Petronas yang dikumpul dan ditinggalkan dan menjual aset Khazanah yang dibina dan ditinggalkan oleh kerajaan BN sambil menuduh BN menjahanamkan negara dengan hutang 1MDB (yang banyak asetnya).
Adakah angka ratusan bilion yang dijana lebih rendah berbanding hutang RM32 bilion yang banyak aset?
Itulah kifarah yang melanda negara kita apabila rakyat memilih PH dalam Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu. Ekonomi negara yang sebelum ini berada dilandasan sangat baik bertukar kepada sangat teruk. Malah ada yang mengaitkan perkara ini dengan sumpah laknat yang dilafazkan oleh Datuk Seri Najib ketika beliau difitnah bertalu-talu.
Ekoran dari keadaan ekonomi yang teruk ini, kadar jenayah turut meningkat. Malah kadar bunuh diri, perceraian, pengangguran dan lain-lain meningkat dengan sangat tinggi.
Untuk makluman, Suria KLCC memiliki dua medan selera iaitu RASA Food Arena dan Signatures Food Court. Difahamkan penutupan kekal medan selera hanya membabitkan RASA Food Arena, namun Signatures Food Court masih beroperasi seperti biasa.
You must be logged in to post a comment.